Assalamualaikum w.b.t.
“Alamak, daa nak bulan Ramadhan laa…!!”
“ Erk, macam mana nak pose…lafaz niat pun tak ingat daa nie.. “
Mungkin inilah antara keluhan bisikan hati-hati nurani yang masih belum mengerti apa itu Ramadhan.Mereka ini lazimnya merupakan golongan yang tidak bersedia untuk menghadapi bulan ini terutamanya adik-adik kita yang masih kecil bukan?
Jadi, kalian sebagai seorang abang/kakak yang matang,berkaliber lagi berwibawa, kita haruslah membantu adik-adik kita agar dapat mengubah persepsi bahawa bulan Ramadhan ini bukan bulan yang menyusahkan, bahkan satu bulan yang harus dinikmati dan ditempuhi dengan perasaan gembira.
Ramadhan = Bulan Untuk Bersuka Ria \(^_^)/
Menarik bukan? Bulan Ramadhan sebenarnya masa untuk bersuka ria. Kita mampu sebenarnya menikmati keseronokan bulan Ramadhan sekiranya kita benar-benar menghayati dan mengenali apa itu Ramadhan Al-Mubarak.
Bak kata pepatah, tak kenal maka x cinta bukan? Ayuh, jom ajak adik-adik kita sama-sama mengenali bulan Ramadhan yang penuh barakah ini agar bulan yang ditempuhi ini dapat diwarnai dengan aktiviti yang menceriakan dan menggembirakan.
Tutorial : Gambaran Bulan Ramadhan
Ramadhan ; Pelbagai cara jua kaedah mampu kita terangkan kepada adik-adik kita ini mengenainya. Persoalannya, bagaimana untuk menerangkannya dengan cara yang mudah difahami dan menarik? Di sini saya kongsikan satu video untuk tatapan kalian.
Siapa lupa lafaz niat puasa bolehlah nyanyi sekali ye =)
p/s : Video ini share laa dengan adik-adik ya.. Baik punyer!!
Puasa : Suatu Ketika Dahulu Kala…
Bahagian ini hanya seningan ok..Terkenang sebuah memori lalu, pengalaman berpuasa semasa kecil.Sejujurnya, saya agak bersetuju mengatakan ianya sangat menarik. Tapi….
Sangat tak molek untuk dicontohi!!
Dosa laa.. Berikut merupakan ‘taktik puasa tak puasa’ tahun 90-an yang saya praktikkan semasa saya tadika dahulu kala.Sekarang daa besar takde laa buat lagi.
Minum Air ‘Paip’si = Air Pepsi ??
Waktu puasa, alahai maklumlah dahaganya macam anak tekak sejengkal dengan jarak matahari.Keazaban menunggu tibanya masa berbuka puasa tak mampu diterjemahkankan dengan kata-kata.Masa kecik semua benda tak tahan. Jadi, kenikmatan air paip pun mampu bertukar jadi seindah meneguk air pepsi.Lokasi berhampiran pili air menjadi pilihan hati di siang hari.
Hah,kantoi.. curi-curi minum ?!!
p/s : Part ini JANGAN di share bersama adik-adik.. Tak baik punyer!!
Terbaik : Promosi Bulan Ramadhan!!
Macam-macam ada, bak kata astro. Begitulah kisahnya bila kita membicarakan mengenai fadilat/kelebihan di bulan penuh barakah ini.Saya pasti kalian pernah menghadiri majlis ilmu berkisahkan perihal Ramadhan, dan sudah tentu lebih arif daripada saya.Di sini saya catatkan sedikit mengenai fadilat di bulan yang mulia ini. Antaranya ialah..
1) Dibuka Semua 8 Pintu Syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari).
2) Terampun dosa-dosa lalu
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
“Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)
dan pelbagai lagi kelebihan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..
Pendekatan dalam membantu adik-adik kita pula sudah tentulah berlainan dengan kita kerana kefahaman mereka mengenai puasa masih sedikit. Jadi, sebagai ‘amplifier’ bagi meningkatkan semangat mereka untuk terus gagah bertahan berpuasa sehingga tibanya waktu berbuka, aktifkanlah minda kita bagi mencerna idea bernas supaya dapat menggambarkan bahawa ramadhan itu menyeronokkan kepada mereka. Ceritalah pasal juadah berbuka yang enak, jualan di bazar ramadhan, dapat duit raya lebih, dan sebagainya.
Sesungguhnya, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Begitu jugalah kepada adik-adik kita. Saya sendiri kini mempunyai 4 orang adik yang masih lagi belum terdaya untuk berpuasa secara penuh .Dengan harapan mereka juga bersemangat seperti kalian dalam menyambut Ramadhan kali ini bersama-sama .
Akhir bicara kata daripada saya, semoga Ramadhan yang kita lalui ini ialah Ramadhan yang terbaik dapat kita jalani. Di samping memperbaiki iman dan amalan, adik-adik yang belum berkemampuan kita jangan lupakan. Jika bukan kita mahu membantu mereka, siapa lagi?
“Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak”
“MARHABAN YA RAMADHAN, Mari kita Sentiasa Setting NIAT, Upgrade IMAN, Download SABAR, Delete DOSA, Approve MAAF & Hunting PAHALA, Agar Kita Getting GUEST LIST Masuk SURGA-Nya, Pulang ke kampung SURGA Pakai Mobil JIHAD, yang Berbahan Bakar ISTIQOMAH, Dengan Sopir KEIKHLASAN, Lewat Jalan IMAN, Jangan Lupa bawa Peta QUR’AN & SUNNAH, juga Bekal TAQWA….., MARHABAN YA RAMADHAN”
Wallahualam..