Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum apa-apapun yang ingin dibicarakan, satu hadiah senyuman terhebat untuk sahabat yang sudi membaca entry ini !
Terima kasih ya !!
Terlebih dahulu, suka untuk penulis memberikan satu penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana sudi meluangkan masa dalam setiap perkongsian yang telah dikongsikan sejak dahulu hingga ke hari ini. Tidak dilupakan juga kepada sahabat yang sudi menjadi sahabat follower kepada laman perkongsian ini. Sekali lagi, jutaan terima kasih. Semoga sahabat sekalian selalu berada dalam sihat sejahtera dan bahagia dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
~TERIMA KASIH ~
Baiklah,bagi pengisian pada kali ini pula sudilah penulis kali ini membawa sahabat sekalian untuk membawa satu tajuk yang menarik bertajuk :-
‘ Kembara Mencari Sinar Ilahi ’
Agak-agak apa ya yang ingin dikongsikan?
Errr.. entahlah.. ape yer agak-agak ??
Sebenarnya, perkongsian kali ini mahu membawa para sahabat bersama-sama penulis berkenaan perkongsian, mengenai penjenamaan semula laman sesawang ini dan pembawakan baru yang bakal menjadi halatuju penulis dalam dunia blog sempena genapnya usia setahun blog ini sejak ia ditubuhkan pada Jun 2010.
Syukurlah, selamat setahun berlalu (Jun 2010-Jun 2011) ..
Ya, sudah setahun jagung usianya tanpa disedari. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga. Semoga perkongsian santai pada kali ini, kita memperoleh sesuatu yang bermanfaat,insyaAllah.
Dunia blog ; Bukan sekadar perkongsian
Blog ; Satu fenomena yang sangat luar biasa. Bukan satu istilah yang asing terutamanya kepada golongan belia pada masa kini.Seumpama cendawan yang tumbuh selepas hujan, ledakan pertumbuhan blog pada hari ini tidak dapat dinafikan sungguh rancak dan mengagumkan. Penulis yakin kebanyakan sahabat yang sedang membaca entry ini juga memiliki blog sendiri bukan?
Pelbagai jenis dan variasi blog dapat kita perhatikan pada hari ini ; untuk penulisan peribadi, sebagai mengembangkan perniagaan, dan tidak kurang hebatnya sebagai satu medium perkongsian ilmu. Tidak salah untuk memiliki blog ini asalkan kita tidak lemas dalam dunia blog yang kita cipta sendiri dan tidak lari dari tujuan hidup sebagai seorang hambaNya di muka ini.
Firman Allah s.w.t. :-
“ Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah (kepada Kami).”
(Az-Zariyat :56)
Bila kita berbicara untuk beribadah kepadaNya,perkara yang harus jelas dalam fikiran kita sebagai seorang hambaNya ialah ibadah itu bukan sahaja terhad di pagar-pagar surau dan masjid semata-mata. Bukalah minda kita dengan seluas-luasnya.
Berfikirlah di luar kotak ye...!!!
Luaskanlah skop pemikiran ibadah, yakni dengan menjadikan seluruh amal perlakuan dalam kehidupan kita itu ibadah kepadaNya.Termasuklah dalam hobi yang digemari para blogger sekalian seperti aktiviti berblog. Permudahkan ibadah kita dengan menjadikan hobi kita itu sendiri sebagai sebahagiaan dari salah satu ibadah seharian kita. Menarik bukan?
Hobi = Berblog = Ibadah (perkongsian ilmu dengan blog)
Ya, jadikan minat terhadap sesuatu sebagai sebahagian dari ibadah.Mengapa tidak? Bukan sahaja menulis perkongsian ilmu dalam blog, malahan hobi kita yang lain juga seperti menulis diari,bermain futsal, mengambil gambar dengan kamera DSLR, menyanyi, melukis komik, dan sebagainya mampu dijadikan sebagai ibadah.
Contohnya, anda berminat ambil gambar. Apa kata anda ambil gambar panorama,kehidupan masyarakat,mahupun keindahan alam semulajadi.Kemudian, ditambahkan nilai seninya dengan menggunakan kemahiran anda dalam photoscape mahupun adobe photoshop. Seterusnya anda cuba mengaitkannya dengan keluasan keindahan ciptaanNya. Menarik untuk dikongsikan bersama-sama.Contohnya,gambar di bawah ini :
Apa lagi yang anda suka? Melukis ? Baiklah, anda lukis watak yang anda suka, kemudian plotkan jalan ceritanya berkonsepkan nasihat, dakwah, dan nilai-nilai murni yang harus ditonjolkan dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Contohnya ada di sini. Saya pasti anda juga akan tertarik dengan karya lukisannya.Padat dengan isi yang tersurat dan tersirat.
Klik di sini : http://karyamatahati.blogspot.com/
Nampak? Jadikanlah segala perkara yang kita gemari itu niatkan sebagai ibadah kepadaNya.Tidakkah kita melihat begitu mudahnya ibadah itu sekiranya kita luaskan skopnya?
Nafas Baru ‘Juz 4 My Life’ ?
Pada perkongsian kali ini juga, penulis ingin mengumumkan secara rasmi bahawa tajuk blog ini bukannya lagi ‘Juz 4 My Life’. Mungkin ianya releven untuk penulis kerana konsepnya dahulu hanyalah untuk kegunaan peribadi . Atas dasar ingin menjadikan ia lebih bertepatan dengan pengisian dan ingin menjadikan ia sebagai medan untuk perkongsian ilmu bersama sahabat yang saya kasihi sekalian,maka moleklah ia ditukarkan kepada satu tajuk pembawakan yang lebih bermakna untuk semua pihak.
~ Kembara Mencari Sinar Ilahi ~
Terlebih dahulu, terima kasih kepada sahabat penulis yang banyak mempengaruhi dan mendorong pada pembawakan baru yang lebih bermanfaat dalam perkongsian dalam blog ini sebenarnya selama ini. Antaranya ialah :-
dan banyak lagi. Jangan segan silu menziarah ke laman sesawang mereka juga okay? Bukan sekadar perkongsian di sana, malahan sebagai salah satu tempat untuk kita menambah ilmu di dada, bermuhasabah dan memperbaiki diri sendiri ke arah menggapai kejayaan di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Pembawakan Baru : Kembara Mencari Sinar Ilahi
Kembara Mencari Sinar Ilahi. Bukannya satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi melengkapi kehidupan ini. Anda tidak percaya? Temui jawapannya di akhir perkongsian ini.Sebelum itu, ingin saya kongsikan sesuatu pengalaman saya yang berharga di sini.Teruskan mengamati pembacaan anda dengan hati yang terbuka sehingga ke titik noktah yang terakhir dalam perkongsian ini.
Membaca Jambatan Ilmu
Tatkala membuka lembaran catatan entry yang pernah saya postkan sebelum ini, tertarik kembali penulis kepada satu post yang pernah dikongsian pada akhir tahun lalu, tajuknya ialah ‘ Siapakah Diriku Yang Sebenarnya‘. Satu perkongsian yang istimewa, kerana dari sinilah merupakan antara titik tolak yang membawa diri ini terus menerus ke arah berusaha mencari hakikat sebenar kehidupan seorang hambaNya di muka bumi ini. Hakikat kebenaran yang perlu sama-sama kita cari dan terokai.
Menarik untuk dikongsikan bersama-sama sahabatku sekalian.
Klik link di bawah
Perkongsian yang sebenarnya banyak menggerakkan diri ini untuk terus berusaha mencari sinar cahayaNya. Semoga mendapat sesuatu dari perkongsian tersebut.
Penutup : Marilah Berusaha Sebelum Terlambat
Sebelum mengakhiri bicara kata, izinkan saya berkongsi satu ayat Al-Quran yang sangat penting buat renungan kita bersama-sama. Jika perlu, catatlah sebagai peringatan buat kita pada masa kita teralpa dalam mengingatiNya di memo skrin laptop kita ataupun di mana sahaja kawasan yang memudahkan kita melihatnya selalu. Jika tidak mampu, bukalah lembaran Al-quran terus, dan rujuklah ia.
Sumber rujukan teragung, Al-Quran Nur Karim
Firman Allah s.w.t :-
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka) ? Dan jangan pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak antaranya orang-orang yang fasik”.
(Al-Hadid 57:16)
Ya, belum tibakah masanya untuk kita mengamati kalamNya?
Belum sampaikah masanya untuk kita melihat kebenaranNya?
Belum sampaikah lagi masanya…. ?
Sungguh, saya terkesan dengan ayat ini. Ayat yang penuh ikhtibar dan pengajaran yang harus direnungi bersama-sama kalian.Usia muda bukanlah menjadi ‘lesen besar’ untuk kita melengah-lengahkan masa dalam menghayati dan mendalami erti kehidupan sebenar dalam Islam. Sesungguhnya, kematian tidak pernah menunggu kita sama ada kita sudah bersedia mahupun sebaliknya. Percayalah, dalam ketegasan peringatan ini tersembunyi 1001 isi yang tersirat yang harus kita fikirkan bersama-sama.
Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha demi menggapai rahmatNya,agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi di dunia mahupun di akhirat kelak Jadikanlah sumber terhebat sebagai ‘Perlembagaan’ hidup kita,yakni Al-Quran dan As-Sunnah.
Apa tunggu lagi sahabat sekalian? Ayuh, segera mulakan langkah kita! Ya, kitalah! Maksud saya , saya dan anda.Mari…
~Mengembaralah Mencari Sinar Ilahi ~
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini, dan terus bertambah baik pada hari-hari yang mendatang,InsyaAllah.
“ …Sesungguhnya, Allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”.
( Ar.Ra’d 13:11)
Assalamualaikum
1 ulasan:
syukran for tagging my blog ye Imran.. nak kongsi entry ttg peranan blog sebagai medium dakwah kepada readers blog ko ni. moga dapat manfaat insyaAllah..
http://harithfaisal.blogspot.com/2010/10/facebook-dan-blog-sebagai-medium-dakwah.html
Catat Ulasan