Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Rabu, Disember 29, 2010

Siapakah diriku yang sebenarnya ‘part II’



Assalamualaikum… 

MUHAMMAD IMRAN IS FINE

Anda sihat hari ini ?

   Alhamdulillah, akhirnya dapat juga disiapkan artikel ini buat khasnya kepada sahabat-sahabatku serta diriku ini jua.Semoga perkongsian ini dapat menjadikan diri kita bertambah baik pada hari ini, esok, lusa, tulat dan hari-hari berikutnya sehingga ke akhir hayat kita, insyaAllah.

  Baiklah, sekarang mari kita mengimbas kembali soalan yang menjadi 1001 tanda tanya kepada diri kita sebelum ini. Bagi mereka yang terlepas melihatnya,sila klik di sini agar pemahaman anda mengenai topik dapat diperjelaskan. Seperkara yang penting sekali, semasa membaca janganlah sekadar membaca tanpa ‘berfikir’ kerana dari situlah input yang penulis ingin sampaikan akan menjadi lebih jelas.

MUHAMMAD IMRAN WAS RIGHT

Fikir ya sahabat sekalian

Persoalan ‘pokok’ ini selalu bermain dalam diri kita sama ada kita sedar atau sebaliknya..

“Siapakah diri kita yang sebenar ?”

   Sesiapa sahaja di muka bumi ini lazimnya selalu bertanya akan hal itu dalam dirinya.Mereka hendak mencari identitinya yang sebenar.Persoalan seperti berikut mungkin terdetik dalam hati kita.   

Aku ini sepatutnya macam mana?
 
Siapa yang aku perlu ikuti?
 
Aku perlu jadi apa?

  Justeru, bagaimanakah cara untuk kita menjawab soalan yang sukar seperti ini ? Soalan seperti ini seharusnya kita bertanyakan kepada diri kita sendiri ataupun kepada mereka yang lebih berpengalaman? Mana satu jawapan yang lebih tepat? Semakin difikirkan,semakin banyak persoalan yang timbul.Jadi, berdasarkan pembacaan dan mungkin sedikit sahaja limpahan ilmu yang Allah kurniakan kepada penulis, mungkin ini antara persoalan awal yang perlu kita dahulukan sebelum seribu satu persoalan lain diusulkan.Benar atau tidak, hanya Allah lebih Maha Mengetahui..
………………………………………………………………………………………….

Persoalan yang pertama : Siapakah Yang Lebih Mengenali Diri Ini?

281

Siapa ya agak-agak?


[ 1. Siapakah yang lebih kenal akan diri ini ? ]

   Ayahkah? Ibukah? Rakan-rakankah? Guru-gurukah? Datukkah? Nenekkah? Abangkah? Kakakkah? Jiran-jirankah? Sahabat karibkah ? Adik-adikkah?  Pakcikkah? Makcikkah?  Moyangkah? Diri sendirikah? Anda tidak pasti bukan?

   Sebenarnya, walaupun ibu yang mengandungkan kita sendiri, tidak juga lebih mengenali diri kita secara menyeluruh.Hakikat, ‘Yang Mewujudkan Kita’ di dalam rahim ibu, itulah yang amat mengenali diri kita sendiri.

Semestinya bukan?

   Ibu tidak menciptakan kita. Ibu jua tidak mewujudkan kita.Kita pun wujud bilapun, ibu tidak dapat menjangkanya.Bahkan,ditakdirkan roh kita ditiupkan ke dalam rahim ibu kita, ibu kita hanya mampu menangis.Tangisan kegembiraan, terkejut tidak sangka.Sesungguhnya, kita adalah ‘anugerah’ baginya.

MUHAMMAD IMRAN IS PREGNANT

9 bulan 10 hari

Jadi, ‘Yang Mewujudkan Kita’ adalah yang mengenali kita sebenarnya. Dia yang faham, kita ini patut menjadi apa. Dia yang mengetahui, siapa diri kita yang sebenarnya.

Dialah Allah SWT.

Maka, bertanyalah kepada Dia, yakni MAha Pencipta segalanya.

Justeru, langkah pertama dalam mencari diri sendiri adalah dengan kembali kepadaNya. Cuba perhatikan apa yang Dia bicarakan berkenaan diri kita.

Persoalan yang ke-2 : Dimana Hendak Mencari bicaraNya ?

th_confused
Terfikirkan sesuatu ?

[ 2. Di manakah hendak mencari bicaraNya ? ]

Allah telah mempermudahkan manusia, makhlukNya, untuk mencari apa yang dibicarakan olehNya di dalam Al-Quran yang dipelihara olehNya sehingga hari kiamat.Tetapi, siapakah antara kita yang mengambil Al-Quran sebagai ‘perlembagaan’ dalam kehidupan kita? Sebagai rujukan dalam pembentukan diri kita?

Silap kita, kita ikut hawa nafsu dalam pembentukan diri

Manusia menjadi gagal, adalah kerana dia mengikut hawa nafsu dalam pembentukan diri.

Pertama : Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.

Kedua : Kita nampak satu-satu perkara itu ‘hebat’, kita nak jadi macam itu.

Ketiga : Kita nampak satu-satu perkara itu ‘popular’, kita terus menggerakkan diri kita ke arah itu.

   Tanpa kita rujuk kembali apakah sebenarnya yang kita sepatutnya jadi. Apakah sebenarnya diri kita ini, di atas dunia ini, patut lakukan. Kita mudah tertipu dengan sekeliling kita. Sedangkan hakikatnya, mereka sendiri tidak mengetahui siapakah diri mereka yang sebenarnya, dan apakah yang sepatutnya mereka lakukan. Di sinilah timbulnya kekacauan dalam kehidupan insan.


Penutup: Pulanglah  Wahai Sekalian Manusia

Mengapa penulis tidak memberikan dalil, atau apa-apa daripada Allah SWT untuk artikel ini? Mengapa sekadar sedikit penerangan dan tidak dinafikan lebih banyak persoalan yang dibangkitkan ?

Sebab penulis suka kalau kita bersama-sama merujuk Al-Quran itu sendiri. Ambil masa, duduk sebentar, cuba cari ayat-ayat yang Allah ceritakan berkenaan kita. Penulis sendiri pun masih diawang-awangan mencari diri  ini… jadi rujuklah ia, satu demi satu ayat… Helaian demi helaian…InsyaAllah..

Pernahkah kita menggerakkan diri kita, untuk mengenali diri kita yang sebenarnya?

Atau sebenarnya, kita takut dengan kebenaran, kerana tidak mahu melepaskan keduniaan?

Siapakah yang berani mencari dirinya sendiri, dengan jalan yang membawanya kepada penyelesaian?

Duduk sebentar, muhasabah diri wahai insan.
……………………………………………………………………………………….

  Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini menjadi mampu memberi secebis kesedaran kepada diriku dan sahabat-sahabatku agar sentiasa ‘berfikir’ dan berusaha mendekatkan diri kepadaNya.



"Kita sering mendambakan dalam setiap bibit doa kita agar dikurniakan perakhiran yang terbaik yakni mengecapi kebahagiaan yang hakiki di syurga tatapi apakah usaha kita dalam mendekatiNya dan syurga milikNya?"


 berdoa-4

   Mungkin kita terfikir sejenak apa yang telah dilakukan oleh kita selama ini semasa membaca petikan di atas, namun sedarlah manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.Iman manusia bukanlah seperti malaikat, selalu ada pasang surutnya.Segala apa yang sudah berlalu jadikan pengajaran dan bersama-sama kita membuka lembaran baru.

Akhir bicara, sama-sama kita renung-renungkan, dan selamat bermuhasabah.

  • Assalamualaikum








p/s : Ikuti perkembangan laman sesawang ini kerana insyaAllah saya akan terus berusaha untuk berkongsi segala pembacaan dan pengetahuan  mengenai topik ini dengan lebih mendalam agar kita bersama-sama mengerti erti kehidupan seorang insan di muka bumi ini,jika diizinkanNya. insyaAllah, we will find the way...

Tiada ulasan: