Assalamualaikum
yeeaaahhh..!!!
hari-hari dapat hadiah..sapa suke angkat tangan..!!!! saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya, dan saya..100000X!!! huh, semua ngaku nampak..!! kalau suruh jadi ketua kelas ke ape ker, sume tunduk..bunyik kipas jer kedengaran.. ~syuuuu…~
takooott.. XP
Hadiah..?? siapa tidak mahu bukan.. rasanya, tiada siapa yang menolak apabila diberikan hadiah..tidak kiralah hadiah itu berbentuk sebuah motosikal cabuk seperti ini…
(antik maaa.. XD )
atau pun, dihadiahkan sebuah kereta ‘Proton LEKIR’…
(baek punye buatan malaysia),
..pasal kereta nih ingin tahu lebih lanjut sila klik di sini , mahupun cek tunai bernilai 1 juta Rupiah (cek tendang x dikire yer), apatah lagi sejibik rumah banglo 44 tingkat (aik,ade ker..??), sekalipun mendapat wang sebanyak Rm 9999999.99 billion atau apa-apa sahaja hadiah yang sama waktu dengannya…. sesungguhnya, sudah menjadi fitrah tiada sesiapa di muka bumi ini tidak mengira usia, pangkat, agama, warna kulit, darjat, bangsa, kaum, mahupun paras rupa sentiasa akan berasa ‘GEMBIRA’ apabila mendapat hadiah..
Secara amnya, pemberian hadiah merupakan satu tanda PENGHARGAAN kita kepada penerimanya..walau bagaimanapun, semua hadiah tersebut tidak dinafikan bernilai dan hanya golongan tertentu sahaja mampu memberikannya.. cuma satu sahaja hadiah yang paling bermakna yang mampu memberikan kesan yang mendalam dan mampu diberikan kepada sesiapa sahaja di muka bumi ini iaitu ..
senyuman =)
dan sebaik-baik senyuman ialah senyuman yang penuh dengan keikhlasan. berikanlah ia pada sepanjang waktu, setiap masa agar mereka di sekeliling kita akan lebih berasa gembira..lagipun, ianya semestinya free dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk senyum, kan3..!!!
HADIAH HARIAN..???
Akan tetapi, apakah hadiah yang kebiasaannya kita peroleh setiap hari tanpa kita sedari..?? cuba lihat dan fikir sejenak mengenai rutin seharian kita..sebenarnya, terlalu banyak hadiah yang diperoleh sama ada kita sedar @ sebaliknya.. sebagai salah satu contoh, ingin saya berkongsi dengan kalian mengenai satu hadiah iaitu
~‘Hari Baru’~
‘Hari Baru’ ialah hadiah yang TIDAK TERNILAI..!!! ini merupakan petikan ayat yang saya peroleh daripada sebuah akhbar baru-baru ini, dan sangat menarik untuk dikupaskan..
‘Hari baru’ merupakan satu rahmah yang tidak ternilai sebenarnya berbanding dengan hadiah-hadiah yang saya catatkan sebelum ini..persoalan di sini ialah benarkah ini hadiah yang tidak ternilai ?
Setiap hari kita bangkit dari kamar masing-masing.. pada kebiasaannya, sesetengah individu itu menganggap ia perkara biasa ; mungkin ini hanyalah rutin harian dan tiada bezanya dengan hari-hari sebelumnya. Tetapi bagi mereka yang ber’FIKIR’, ia merupakan rahmat yang tidak ternilai .
“andai kata seseorang itu ditakdirkan
didatangi sakaratul maut pada malam
hari semasa tidur, sudah tentu pintu
taubatnya sudah tertutup”
andai dibuat perkiraan seseorang itu telah hidup selama 20 tahun, ini bermakna seseorang itu telah bangun dari tidur sebanyak 20 x 365 = 7300 kali..!!!
sodapnya tidooo…zzzz XD
itu belum dikira tidur semasa petang, dalam kelas @ kuliah, sambung lepas subuh, dah seumpama dengannya ( cam biasa buat jer XD )..persoalannya sekarang, berapa ramai antara kita menghargai peluang dan hadiah yang tidak ternilai ini ?? adakah kita berjaya memanfaatkan ‘hari baru’ kita dengan sebaiknya ??? Atau kita hanya menganggap ia hanya perkara biasa..bangun tidur,esoknya bangun, tidur,lusanya bangun tidur lagi, dan tulat bangun, tidur kembali..zzzzzzz
Hadiah dah dapat, apa yang perlu dibuat…???
Hadiah dah dapat, sudah tentu kita kita akan berterima kasih kepada pemberi tersebut kerana sudi memberi penghargaan kepada kita..mungkin di kemudian hari kita pula memberi hadiah sebagai penghargaan kita kepadanya..
trimas yer… =)
itu mungkin cara terbaik untuk kita membalas apa yang kita terima, akan tetapi bagaimana pula kita dengan Maha Pencipta?? apakah layanan kita dengan ‘hadiah’ yang TIDAK TERNILAI ini..??? setiap pagi adakah kita berterima kasih kepadaNya kerana masih memberi peluang untuk hidup..?? hmm, alangkah indahnya setiap pagi apabila kita bangkit dari katil masing-masing, kita dikurniakan KEKUATAN untuk memanjatkan dan melafazkan “ALHAMDULILLAH” sebagai tanda kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih membukakan pintu taubatnya kepada kita. bukankah begitu yang sebaiknya..
Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran yang bermaksud :-
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur."
[ Al-A’raff ,ayat 10]
seharusnya, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan…terlalu banyak dan tidak terkira bilangannya nikmat yang kita peroleh daripadaNya..tetapi mengapakah diri kita ini masih agak sukar kita sebagai hambaNya untuk menunaikan segala hakNya..??
Penutup : Pulanglah…
pulanglah…maksudnya jadilah apa yang sepatutnya kita perlu jadi..persoalan ini mungkin akan terdetik di segenap hati kita..
apa yang patut kita jadi ??
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini .pada kesempatan ini juga, ingin saya berkongsi sedikit sebanyak mengenai cara-cara bagi meningkatkan kesyukuran kita pada setiap masa dan setiap detik…
Cara Meningkatkan Syukur
Saya yakin, anda yang mahu membaca artikel ini adalah orang-orang yang pandai bersyukur. Namun bukan bererti kita tidak perlu meningkatkan.Begitu juga dengan saya yang sering alpa ini. Setinggi apa pun kita menjadi hamba yang bersyukur, kita masih tetap perlu meningkatkan kesyukuran kita kepadaNya.
- Untuk meningkatkan rasa bersyukur, kita harus lebih sensitif dan peka terhadap pelbagai nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kurangnya kepekaan terhadap nikmat Allah akan mengurangi ‘syukur’ kita, sebab kita merasa tidak ada yang perlu disyukuri lagi. Meningkatkan kepekaan boleh dilakukan dengan melakukan perenungan terhadap apa yang terjadi pada hidup kita sehari-hari. Luangkan waktu kita setiap hari untuk merenungkan nikmat setiap harinya.
hmmm..ape saya wat ari nih yep..???
- Setiap saat, kita mendapatkan nikmat baru. Satu detik waktu berlalu bererti kita mendapatkan nikmat hidup selama satu detik. Nafas kita, penglihatan kita, segala deria kita, detak jantung kita dan sebagainya yang tidak mungkin disebutkan disini.
- Selalu ada hikmah dari setiap kejadian, baik kejadian pada diri sendiri mahupun orang lain. Sementara setiap saat selalu ada kejadian, bererti selalu ada hikmah yang boleh kita ambil. Sementara hikmah adalah suatu nikmat. Syukurilah.
>>>> Syukurilah segala nikmatNya
rasanya, cukuplah perkongsian kali ini..yang penting sebarkanlah kepada sahabat-sahabat anda mengenai ini agar bersama-sama kita mendapat manfaatnya.. dan apa yang lebih penting..
buat yang terbaik..!!! XD
untuk diri kita, sahabat kita dan sesiapa sahaja di sekeliling kita dalam mencari keredhaanNya ..sekian sahaja kali ini..bertemu di lain entry..
wassalam
p/s : jika ada kelapangan, sila kunjungi laman iluvislam mengenai syukur..sila klik di sini . semoga kita beroleh manfaat bersama-sama…
1 ulasan:
hadiah yg pling bermakna..HARI BARU...btul3x..thniah im..dh berjaya siapkan post ni..like it!!...
Catat Ulasan