Assalamualaikum..
sebelum saya memulakan perkongsian kali ini…
jum layan nasyid nih dulu..XD
Kumpulan Raihan - Senyum
Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita HANYA KERANA ALLAH,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Senilagu: Farihin Abdul Fatah
Senikata: Zarie & Che Amran
Senikata: Zarie & Che Amran
Hakcipta senilagu & senikata: Raihan Cipta
………………………………………………………………………….
SENYUMAN ITU INDAH
Perkataan मुस्कान, ابتسامة, 미소, úsměv, sourire, mahupun улыбка merupakan perkataan yang saya sendiri pun tidak tahu camne nak sebut dengan betul tetapi seperkara yang penting ialah ia membawa maksud yang sama iaitu
SENYUM..!!!
Secara amnya, ia didefinisikan sebagai satu riak wajah yang dipamerkan lazimnya ketika gembira..walau bagaimanapun, seseorang itu tersenyum atas beberapa sebab seperti rasa gembira dan sedih…juga ia merujuk kepada tanda persetujuan, kebahagiaan dan ketabahan menghadapi dugaan..
SEDARKAH ANDA..????
menarik untuk diuji kaji...yang paling best ialah anda sendiri jadi bahan experimentnya, hahaha XD ( biase time experiment kaum species katak je yg jadi mangsa)… sekarang, ambil masa dalam 4-5 saat untuk lihat gambar ni ( buat jangan tak buat yer untuk mendapat effect terbaek )..then, cuba anda lihat dan teliti gambar ini dan buat kesimpulan :-
1
2
3
4
5
…ok siap!!!
dalam hati anda mungkin berbisik..
”laa tuu jep..!! budak2 tadika pon taw wat kesimpulan nih..”
satu gambar beruk makyeh tengah gembira (senyum)… bereh2..!!! sebenarnya apa yang tersirat di sini ialah apabila kita melihat seseorang di hadapan kita itu senyum, secara automatiknya kita sendiri akan membalas senyuman tersebut..x percaya..??? Cuba imbas dan lihat kembali gambar tadi, anda tersenyum bukan??? walaupun ia SEEKOR BERUK, tetapi senyumannya dapat membuat anda terpikat @ tersenyum ( woooo =O ).. apatah lagi senyuman daripada seseorang, bertambah tambahlah serinya..XD
Apa Kata Mereka…???
Untuk post kali ini, saya telah membuat survey kepada rakan2 di laman sosial facebook mengenai satu persoalan…”ada sebab untuk senyum..???” jadi, apa kata kita lihat komen-komen mereka XD
nama mereka yang telah di #$%^*& =)
hahaha, macam2 ragam ada kan…kepada insan2 terpilih dalam komen ini, terima kasih atas segala pandangan dan perkongsian pendapat anda..=)
Dari perspektif agama pula…
sebenarnya, saya masih mencari kebenaran mengenainya…antara kupasan yang menarik saya jumpa ialah hukum senyum..rupa-rupanya bukan boleh suka2 nak senyum kepada seseorang sebab nilai senyuman itu lebih kepada tersirat daripada tersurat..jadi, ia tidak boleh diberi sebarangan..takut ia boleh menjadi fitnah pula..!!
berikut merupakan petikan yang saya jumpa semasa aktiviti ‘blogwalking’…sumber yang dikatakan oleh penulis ialah daripada ustaznya..
haram senyum : senyum kat kawan-kawan yang berlainan jantina..????
mungkin antara kita agak terkejut berkenaan statement ini..mungkin persoalan seperti ini muncul dalam fikiran anda..
apabila persoalan ini timbul, pelbagai respond telah diterima dalam blog tersebut..walau bagaimanapun, saya mengambil salah satu jawapan sebagai respond persoalan tersebut..
point yang penting sekali di sini, senyuman yang ditegah ialah apabila ia…
DIDORONG OLEH HAWA NAFSU DAN BERLEBIHAN !!!!
Penutup : Belum Berakhir Lagi..
semakin dikupas tajuk ini, semakin menarik jadinya kan?? bagi saya, persoalan ini bukan berakhir di sini sahaja…kerana mungkin ada sesuatu yang saya terlepas pandang semasa menulis post ini..jadi, sekiranya anda anda ada sesuatu yang ingin dikongsikan, dengan berlapang dada saya menerimanya…tulislah di ruangan komen...semoga kita memperoleh manfaat daripada perkongsian ini ..InsyaAllah..=)
akhir kata, biar poket kita kering kemiskinan duit daripada kita kemiskinan senyuman yang mampu membahagiakan kehidupan seharian kita..jadi, cubalah untuk senyum pada setiap permulaan hari anda…jika tidak, mintalah bantuan sahabat-sahabat anda supaya mampu membuat anda tersenyum..
dan sebelum keluar dari rumah @ bilik, baik tanya diri anda sendiri..
sesungguhnya jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri anda..dan yang terakhir dari saya, ingatlah bahawa
Sekian sahaja untuk kali ini.. semoga kita memperoleh manfaat dari perkongsian ini..
wassalam
p/s : untuk mengetahui kelebihan senyuman dan perkara yang sama waktu dengannya, sila lawati
wajib tengok nih sampai abes..!!!
nak isi tambahan yang lain cari sendiri yer..=D
4 ulasan:
dia sendiri suka tersenyum =)
mcm mane kalau senyuman kita disalahertikan??mksudyer..bila kita memberi senyuman kpd yg berlainan jantina..tetapi senyuman kita dislh tafsir..bukankah akn memalukan kita sndiri???
Kalau saya senyum..awak mesti senyum sekali,
bila sorang senyum semua akan berjangkit
bila semua senyum.dunia tiada penyakit..heheh
:) you make me smile..selepas penat mendengar seminar yg PPAAANNJJJAAANNNGGG
baiklah pak cik senyum...
memang betullah ang nih bolehlah dikategorikan as a good follower of DATUK M DAUD KILAU.... mentang2 satu kampung...hehehehehheehe....
Aku yang layan... senyumlah...
Catat Ulasan