Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Sabtu, Januari 15, 2011

Tatkala Berbicara Tentang Cinta ……


Assalamualaikum..

281

waaah... tatkala berbicara tentang cinta lak, hmm..no comment yer..
malaz  den nak kabo banyak2, jom hayati nasyid nih dulu ^_^


~ Di Atas Nama Cinta ~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman =D

teruja

Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan

    MUHAMMAD IMRAN IS SLEEPING
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

    Bukan mudah
    Bernafas dalam jiwa hamba
    Dan ku cuba
    Menghindarkan pesona maya
    Kerna tak upaya ku hadapinya
    Andai murka-Nya menghukum leka

cinta_2

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
   
 Biar sendiri hingga hujung nyawa
    Asal tak sepi dari kasih-Nya
    Kerna sesungguhnya hakikat cinta
    Hanya Dia yang Esa
    Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
    Sehingga ku rasai
    Nikmat-Nya
    Syurga-Nya
    Cinta-Nya
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com 
……………………………………………………………………………………….

Alhamdulillah..minggu lepas terdetik di hati ini membuka mesej dalam inbox di laman sosial facebook..daa belambak sangat  kat dalam tuh tapi tak perna rse nak bukak..jadi, 

MUHAMMAD IMRAN IS CLEANING

ayuh membersihkan inbox yang daa bersawang..!!!

tatkala saya membuka salah satu mesej tersebut, tidak menyangka ia sesuatu perkongsian yang teramat2 menarik..amat bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang,…dan rasenya lebih baik dikongsikan daripada ia terus menyepi dalam inbox tuh…

Windows Vista_02

sharing is caring :D

sebenarnya, tajuk perkongsian ini tidak dapat dinafikan agak berat untuk saya kongsikan kerana mungkin ada beberapa aspek yang saya terlepas pandang..walau bagaimanapun diharap agar pengisian ilmu yang diterima ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan kita untuk kita bersama-sama menyedari apa yang telah kita lakukan selama ini..

Apa Kata Mereka…

Seperti biasa, segmen ‘Apa Kata Mereka’ juga tidak akan tercicir dalam pengisian kali ini.. rasanya tidak adil sekiranya hanya saya sahaja mengeluarkan pendapat mengenai skop ‘apa itu cinta’..=D jadi, mari kita lihat apa kata mereka…

satu
MWSnap003
MWSnap009

nama2 yang terlibat telah di blacklist kan agar tak disalah gune..Smile Apapun pandangan anda, ribuan terima kasih atas perkongsian pendapat yang diberikan..

rasanya, sudah tiba masanya untuk pengisian yang sebenar..jadi, layan jer arr yer..

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee… (Isu panazzz yang lebih hangat daripada biasa ) hehe..


1. Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camne lak ni?
                                                                                                                                               “Dan
kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

MUHAMMAD IMRAN IS IN A GOOD MOOD

                                                        waaa.. boley kawin =)
                                                                                                                                           
2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit laaaa nak
kawin..huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi  nafsu”.

ru_01.8

laparrnye bile puase…grrrr..!!!

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin,
tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas arr saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu.. 

MUHAMMAD IMRAN IS CONFUSED

camne ek kalau ade orang len kebas??? cobaan…

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live
without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30
Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari


jihad_for_love

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa
dia.. dia duduk jauh.. kiteorang xpernah pon
berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

MUHAMMAD IMRAN IS TALKING ON THE PHONE

begayut x ingat dunie daa..!!!

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya
pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia
seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

MUHAMMAD IMRAN FEELS LIKE NOTHING

laa, saya bukan cun/ ensem pon… sape arr nak ??

7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up
lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

duhai pemuda
Kesimpulannya :-

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. 
                                                                                                                                         Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor

4322504578_2e045358be

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng  kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah..

Wassalam..Smile

p/s : rasa tak cukup, sila2 jemput berkunjung ke halaman ini sebagai input tambahan :-






ok dah2, yang laen cari sendiri…usaha tangga kejayaan Winking smile

Ahad, Januari 09, 2011

Senyuman Seindah Suria ^_^

Assalamualaikum..

sebelum saya memulakan perkongsian kali ini…

155012_179596142054096_129716743708703_680935_2274412_n

jum layan nasyid nih dulu..XD

Kumpulan Raihan - Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.Smile
Senyuman...senyuman

       Senyum tanda mesra,
       Senyum tanda sayang,Red heart
       Senyumlah sedekah yang paling mudah,
       Senyum di waktu susah,
       Tanda ketabahan,
       Senyuman itu tanda keimanan.
       Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati, Winking smile
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah

       Senyumlah seperti Rasulullah,
       Senyumnya bersinar dengan cahaya,
       Senyumlah kita HANYA KERANA ALLAH,Open-mouthed smile
       Itulah senyuman bersedekah.
       Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.Thumbs down
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Senilagu: Farihin Abdul Fatah
Senikata: Zarie & Che Amran
Hakcipta senilagu & senikata: Raihan Cipta

………………………………………………………………………….

SENYUMAN ITU INDAH

Perkataan मुस्कान, ابتسامة, 미소, úsmÄ›v, sourire, mahupun улыбка merupakan perkataan yang saya sendiri pun tidak tahu camne nak sebut dengan betul tetapi seperkara yang penting ialah ia membawa maksud yang sama iaitu

big_smile1

SENYUM..!!!

Secara amnya, ia didefinisikan sebagai satu riak wajah yang dipamerkan lazimnya ketika gembira..walau bagaimanapun, seseorang itu tersenyum atas beberapa sebab seperti rasa gembira dan sedih…juga ia merujuk kepada tanda persetujuan, kebahagiaan dan ketabahan menghadapi dugaan..

SEDARKAH ANDA..????

menarik untuk diuji kaji...yang paling best  ialah anda sendiri jadi bahan experimentnya, hahaha XD ( biase time experiment kaum species katak je yg jadi mangsa)… sekarang, ambil masa dalam 4-5 saat untuk lihat gambar ni ( buat jangan tak buat yer untuk mendapat effect terbaek )..then, cuba anda lihat dan teliti gambar ini  dan buat kesimpulan :-

gambar-beruk-yang-nakal 1

1

2

3

4

5

…ok siap!!!
dalam hati anda mungkin berbisik..

MUHAMMAD IMRAN WAS RIGHT

”laa tuu jep..!! budak2 tadika pon taw wat kesimpulan nih..”

satu gambar beruk makyeh tengah gembira (senyum)… bereh2..!!! sebenarnya apa yang tersirat di sini ialah apabila kita melihat seseorang di hadapan kita itu senyum, secara automatiknya kita sendiri akan membalas senyuman tersebut..x percaya..??? Cuba imbas dan lihat kembali gambar tadi, anda tersenyum bukan??? walaupun ia SEEKOR BERUK, tetapi senyumannya dapat membuat anda  terpikat @ tersenyum ( woooo =O ).. apatah lagi senyuman daripada seseorang, bertambah tambahlah serinya..XD

Apa Kata Mereka…???

Untuk post kali ini, saya telah membuat survey kepada rakan2 di laman sosial facebook mengenai satu persoalan…”ada sebab untuk senyum..???” jadi, apa kata kita lihat komen-komen mereka XD

senum edit

nama mereka yang telah di #$%^*& =)

hahaha, macam2 ragam ada kan…kepada insan2 terpilih dalam komen ini, terima kasih atas segala pandangan dan perkongsian pendapat anda..=)

Dari perspektif agama pula…

sebenarnya, saya masih mencari kebenaran mengenainya…antara kupasan yang menarik saya jumpa ialah hukum senyum..rupa-rupanya bukan boleh suka2 nak senyum kepada seseorang sebab nilai senyuman itu lebih kepada tersirat daripada tersurat..jadi, ia tidak boleh diberi sebarangan..takut ia boleh menjadi fitnah pula..!!

berikut merupakan petikan yang saya jumpa semasa aktiviti ‘blogwalking’…sumber yang dikatakan oleh penulis ialah daripada ustaznya..

hukum senyum

haram senyum : senyum kat kawan-kawan yang berlainan jantina..????

mungkin antara kita agak terkejut berkenaan statement ini..mungkin persoalan seperti ini muncul dalam fikiran anda..

smile jer

apabila persoalan ini timbul, pelbagai respond telah diterima dalam blog tersebut..walau bagaimanapun, saya mengambil salah satu jawapan sebagai respond persoalan tersebut..

Noname

point yang penting sekali di sini, senyuman yang ditegah ialah apabila ia…

DIDORONG OLEH HAWA NAFSU DAN BERLEBIHAN !!!!

Penutup : Belum Berakhir Lagi..

semakin dikupas tajuk ini, semakin menarik jadinya kan?? bagi saya, persoalan ini bukan berakhir di sini sahaja…kerana mungkin ada sesuatu yang saya terlepas pandang semasa menulis post ini..jadi, sekiranya anda anda ada sesuatu yang ingin dikongsikan, dengan berlapang dada saya menerimanya…tulislah di ruangan komen...semoga kita memperoleh manfaat daripada perkongsian ini ..InsyaAllah..=)

akhir kata, biar poket kita kering kemiskinan duit daripada kita kemiskinan senyuman yang mampu membahagiakan kehidupan seharian kita..jadi, cubalah untuk senyum pada setiap permulaan hari anda…jika tidak, mintalah bantuan sahabat-sahabat anda supaya mampu membuat anda tersenyum..

images (2)

dan sebelum keluar dari rumah @ bilik, baik tanya diri anda sendiri..

images (1)

sesungguhnya jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri anda..dan yang terakhir dari saya, ingatlah bahawa

Senyum-01 

Sekian sahaja untuk kali ini.. semoga kita memperoleh manfaat dari perkongsian ini..

wassalam Winking smile

p/s : untuk mengetahui kelebihan senyuman  dan perkara yang sama waktu dengannya, sila lawati





wajib tengok nih sampai abes..!!!



nak isi tambahan yang lain cari sendiri yer..=D

Khamis, Januari 06, 2011

Hari-hari Dapat Hadiah..???


Assalamualaikum Winking smile

MUHAMMAD IMRAN IS FEELING HAPPY

yeeaaahhh..!!!
hari-hari dapat hadiah..sapa suke angkat tangan..!!!! saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya,  dan saya..100000X!!! huh, semua ngaku nampak..!! kalau suruh jadi ketua kelas ke ape ker, sume tunduk..bunyik kipas jer kedengaran.. ~syuuuu…~

40446_150189568328087_129716743708703_477617_4059647_s

takooott.. XP

Hadiah..?? siapa tidak mahu bukan.. rasanya, tiada siapa yang menolak apabila diberikan hadiah..tidak kiralah hadiah itu berbentuk sebuah motosikal cabuk seperti ini…

33539_158744587485578_100000501120996_433693_4492159_n 

(antik maaa.. XD )

atau pun, dihadiahkan sebuah kereta ‘Proton LEKIR’…

LEKIR-2
LEKIR-1

(baek punye buatan malaysia),

..pasal kereta nih ingin tahu lebih lanjut sila klik di sini , mahupun cek tunai bernilai 1 juta Rupiah (cek tendang x dikire yer),  apatah lagi sejibik rumah banglo 44 tingkat (aik,ade ker..??), sekalipun mendapat wang sebanyak Rm 9999999.99 billion atau apa-apa sahaja hadiah yang sama waktu dengannya…. sesungguhnya, sudah menjadi fitrah tiada sesiapa di muka bumi ini tidak mengira usia, pangkat, agama, warna kulit, darjat, bangsa, kaum, mahupun paras rupa sentiasa akan berasa ‘GEMBIRA’ apabila mendapat hadiah..

Secara amnya, pemberian hadiah merupakan satu tanda PENGHARGAAN kita kepada penerimanya..walau bagaimanapun, semua hadiah tersebut tidak dinafikan bernilai dan hanya golongan tertentu sahaja mampu memberikannya.. cuma satu sahaja hadiah yang paling bermakna yang mampu memberikan kesan yang mendalam dan mampu diberikan kepada sesiapa sahaja di muka bumi ini iaitu ..

happy-512-x-384

senyuman =)

dan sebaik-baik senyuman ialah senyuman yang penuh dengan keikhlasan. berikanlah ia pada sepanjang  waktu, setiap masa agar mereka  di sekeliling kita akan lebih  berasa gembira..lagipun, ianya semestinya free dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk senyum, kan3..!!!

HADIAH HARIAN..???

Akan tetapi, apakah hadiah yang kebiasaannya kita peroleh setiap hari tanpa kita sedari..?? cuba lihat dan fikir sejenak mengenai rutin seharian kita..sebenarnya, terlalu banyak hadiah yang diperoleh sama ada kita sedar @ sebaliknya.. sebagai salah satu contoh, ingin saya berkongsi dengan kalian mengenai satu hadiah iaitu

still morning

~‘Hari Baru’~

‘Hari Baru’ ialah hadiah yang  TIDAK TERNILAI..!!! ini merupakan petikan ayat yang saya peroleh daripada sebuah akhbar baru-baru ini, dan sangat menarik untuk dikupaskan..
‘Hari baru’ merupakan satu rahmah yang tidak ternilai sebenarnya berbanding dengan hadiah-hadiah yang saya catatkan sebelum ini..persoalan di sini ialah benarkah ini hadiah yang tidak ternilai ?
Setiap hari kita bangkit dari kamar masing-masing.. pada kebiasaannya, sesetengah individu itu menganggap ia perkara biasa ; mungkin ini hanyalah rutin harian dan tiada bezanya dengan hari-hari sebelumnya. Tetapi bagi mereka yang ber’FIKIR’, ia merupakan rahmat yang tidak ternilai .

“andai kata seseorang itu ditakdirkan
didatangi sakaratul maut pada malam
hari semasa tidur, sudah tentu pintu
taubatnya sudah tertutup”


andai dibuat perkiraan seseorang itu telah hidup selama 20 tahun, ini bermakna seseorang itu telah bangun dari tidur sebanyak 20 x 365 = 7300 kali..!!!

MUHAMMAD IMRAN IS SLEEPING

sodapnya tidooo…zzzz XD

itu belum dikira tidur semasa petang, dalam kelas @ kuliah, sambung lepas subuh, dah seumpama dengannya ( cam biasa buat jer XD )..persoalannya sekarang, berapa ramai antara kita menghargai peluang dan hadiah yang tidak ternilai ini ?? adakah kita berjaya memanfaatkan ‘hari baru’ kita dengan sebaiknya ??? Atau kita hanya menganggap ia hanya perkara biasa..bangun tidur,esoknya bangun, tidur,lusanya bangun tidur  lagi, dan tulat bangun, tidur kembali..zzzzzzz

Hadiah dah dapat, apa yang perlu dibuat…???

Hadiah dah dapat, sudah tentu kita kita akan berterima kasih kepada pemberi tersebut kerana sudi memberi penghargaan kepada kita..mungkin di kemudian hari kita pula memberi hadiah sebagai penghargaan kita kepadanya..

hargai pasangan

trimas yer… =)

itu mungkin cara terbaik untuk kita membalas apa yang kita terima, akan tetapi bagaimana pula kita dengan Maha Pencipta?? apakah layanan kita dengan ‘hadiah’ yang TIDAK TERNILAI ini..??? setiap pagi adakah kita  berterima kasih kepadaNya kerana masih memberi peluang untuk hidup..?? hmm, alangkah indahnya setiap pagi apabila kita bangkit dari katil masing-masing, kita dikurniakan KEKUATAN untuk memanjatkan dan melafazkan “ALHAMDULILLAH” sebagai tanda kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih membukakan pintu taubatnya kepada kita. bukankah begitu yang sebaiknya..

Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran yang bermaksud :-


"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur."
[ Al-A’raff ,ayat 10]

seharusnya, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan…terlalu banyak dan tidak terkira bilangannya nikmat yang kita peroleh daripadaNya..tetapi mengapakah diri kita ini masih agak sukar kita sebagai hambaNya untuk menunaikan segala hakNya..??
 
Penutup : Pulanglah…

pulanglah…maksudnya jadilah apa yang sepatutnya kita perlu jadi..persoalan ini mungkin akan terdetik di segenap hati kita..

MUHAMMAD IMRAN IS THINKING

apa yang patut kita jadi ??

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini .pada kesempatan ini juga, ingin saya berkongsi sedikit sebanyak mengenai cara-cara bagi meningkatkan kesyukuran kita pada setiap masa dan setiap detik…


Cara Meningkatkan Syukur


Saya yakin, anda yang mahu membaca artikel ini adalah orang-orang yang pandai bersyukur. Namun bukan bererti kita tidak perlu meningkatkan.Begitu juga dengan saya yang sering alpa ini. Setinggi apa pun kita menjadi hamba yang bersyukur, kita masih tetap perlu meningkatkan kesyukuran kita kepadaNya.
  • Untuk meningkatkan rasa bersyukur, kita harus lebih sensitif dan peka terhadap pelbagai nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kurangnya kepekaan terhadap nikmat Allah akan mengurangi ‘syukur’ kita, sebab kita merasa tidak ada yang perlu disyukuri lagi. Meningkatkan kepekaan boleh dilakukan dengan melakukan perenungan terhadap apa yang terjadi pada hidup kita sehari-hari. Luangkan waktu kita setiap hari untuk merenungkan nikmat setiap harinya.
syukur
hmmm..ape saya wat ari nih yep..???
  • Setiap saat, kita mendapatkan nikmat baru. Satu detik waktu berlalu bererti kita mendapatkan nikmat hidup selama satu detik. Nafas kita, penglihatan kita,  segala deria kita, detak jantung kita dan sebagainya yang tidak mungkin disebutkan disini.

  • Selalu ada hikmah dari setiap kejadian, baik kejadian pada diri sendiri mahupun orang lain. Sementara setiap saat selalu ada kejadian, bererti selalu ada hikmah yang boleh kita ambil. Sementara hikmah adalah suatu nikmat. Syukurilah.
Sudahkah kita bersyukur hari ini? Silakan bergabung dengan halaman facebook ini
>>>>  Syukurilah segala nikmatNya

rasanya, cukuplah perkongsian kali ini..yang penting sebarkanlah kepada sahabat-sahabat anda mengenai ini agar bersama-sama kita mendapat manfaatnya.. dan apa yang lebih penting..

MUHAMMAD IMRAN IS FINE

buat yang terbaik..!!! XD

untuk diri kita, sahabat kita dan sesiapa sahaja di sekeliling kita dalam mencari keredhaanNya ..sekian sahaja kali ini..bertemu di lain entry..

wassalam Winking smile

p/s : jika ada kelapangan, sila kunjungi laman iluvislam mengenai syukur..sila klik di sini . semoga kita beroleh manfaat bersama-sama…