Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Selasa, November 27, 2012

Buat Dirimu, Wahai Penduka!

Muhasabah buat diri
Setiap orang, setiap insan.
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang dia ingin kongsikan.

Siapa pun dia, segembira manapun dia,
Pasti ada perkara-perkara yang membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah menjadikannya terus berduka.
Pasti ada, kerana dia juga manusia biasa.
Pasti!

Makanya,
Jika kamu menyangka bahawa hanya kamu seorang yang merasa,
Hanya kamu yang melaluinya,
Hanya kamu yang merasa hibanya,
Ternyata dirimu silap, dirimu salah!

Ada juga orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakannya.
Malah lebih dari apa yang kita pernah sangka.
Lebih perit dari apa yang pernah kita terima..
Pasti ada!

Cumanya,
Mungkin kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah melihatnya,
Jangan selalu menganggap kitalah yang paling susah, paling payah
Kerana ada insan lain yang lebih besar ujiannya, lebih hebat penderitaannya.

Maka, sudahlah.
Kesatlah air matamu,
Waktu serumit mana situasi kamu, pujuklah hatimu.
Yakinlah Dia ada, dan pasti Dia sentiasa menemani kita.
Apabila kita menyandarkan segunung harapan kepadaNya,
Pasti, Dia tidak akan mempersiakan harapan kita.

Selagi matahari barat belum terbenam.
Selagi itu masih ada harapan.
Maka, teruskanlah kehidupan.
Kerana hakikat kehidupan mahupun kamatian..
Tercipta ia sebagai satu ujian..
Ujian bagi mereka yang benar-benar beriman!

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."

[Al-Mulk 67:2]

Sabtu, November 24, 2012

Kebahagiaan : Rasa Bertuhan, Punca Ketenangan


Kembara Mencari Sebuah Kebahagiaan


Kebahagiaan mahupun ketenangan.
Dua perkara yang selalu menjadi buruan.
Satu cita-cita, impian, malahan harapan setiap insan.
Alangkah indahnya kehidupan, andai jiwa ini sentiasa berpimpinan tangan, didampingi rasa ketenangan, dan kebahagiaan yang tidak bertepian.

Siapa tidak mahu bukan?

Namun, ia bukan semudah yang disangkakan.
Kebahagiaan; Satu frasa kata yang mudah diungkapkan, tetapi sering sahaja disalah tafsirkan.
Akibatnya, kebahagiaan itu seolah-olah menjadi satu angan-angan yang sukar dan tidak kesampaian.

Benarkah sebegitu sukar?
Di manakah silapnya?

Pernah saya terbaca kata-kata yang cukup memberi makna mengenai persoalan ini.

“Hakikatnya manusia bukan tidak mampu mengecapi kebahagiaan hakiki, tetapi manusia itu sendiri tidak pasti apa erti kebahagiaan yang sejati”

Jadi, mari bersama-sama saya.
Menempuh satu kembara, perjalanan mencari kebahagiaan yang kita sama-sama impikan.
Bukan melihat kebahagiaan dari tafsiran insan, tetapi memandangnya dari sudut berlainan.
Pandangan Pemilik Kebahagiaan’, yakni dalam kalamNya Al-Quran.


Sekadar satu perkongsian.
Semoga di akhir nukilan ini, kita sama-sama mampu melakar senyuman,dan tersenyum sendirian.
Mengerti erti kebahagiaan yang sejati,lagi hakiki.

Senyum!

Tersalah Kefahaman, Tersesat Jalan?

Tersesat jalan?


     Sebelum kembara ini bergerak dengan lebih mendalam, mari sama-sama menyelami kehidupan hari ini.
Tafsiran manusia yang tersalah mungkin, dalam mencari kebahagiaan yang mereka impikan.

Dengan memiliki kefahaman,ianya akan melahirkan tindakan.Andai tersilap kefahaman, pasti tersalah juga tindakan bukan?

Lihatlah kehidupan, perhatikan, dan tafsir dengan akal fikiran. 
Betapa ramai mengejar kekayaan, kenamaan, jawatan, dan gelaran dengan harapan semua itu membawa diri mereka pada rasa kesenangan dan kebahagian yang dicari-cari.

Ramai manusia memperoleh kenamaan, akhirnya ada yang membunuh diri.
Ramai manusia memiliki kekayaan, tetapi jarang sekali merasai ketenangan.
Ramai pelajar memperoleh kejayaan dalam pelajaran, jiwa tetap terasa kosong dan gersang.

Lihatlah, impak kebahagiaan sangkaan manusia yang selalu dikejarkan.
Mengapa berakhir dengan peristiwa sedemikian?

Satu persoalan buat diri, juga buat sahabat sekalian.

Sumber Kebahagiaan: Datangnya Dari Luaran?

     Perlu diperincikan di sini, agar kita dapat melihat satu garis pemisah sumber kebahagiaan yang sebenarnya dengan lebih jelas dan mudah.

Kebahagiaan, bukanlah sesuatu bersifat fizikal ataupun lahiriah.Hakikatnya, jelas ia bersifat dalaman ataupun rohaniah.

Ibarat iman yang kian kosong dan gersang, mana mungkin dapat diubati dengan makanan walaupun dengan nasi berpinggan-pinggan.

Jiwa yang tidak sihat, sekadar 'plaster' mampu terubat?  

Sesuatu yang bersifat rohaniah, pasti penawarnya bersifat rohaniah juga.
Begitu juga bagi perkara yang sebaliknya, pasti elemen yang sama sebagai ubatnya.

Maka, jelas dapat kita sama-sama perhatikan bahawa kebahagiaan tidak mungkin mampu dikecapi dengan kekayaan, rupa menawan, jawatan, gelaran, dan semua yang bukan bersifat dalaman.

 Jadi, apakah rahsia sebenar kebahagiaan?
Ayuh, marilah kita sama-sama menyingkap karya cintaNya yang telah diturunkan lebih 1400 tahun dahulu, yakni dalam Al-Quran.

Rahsia Kebahagiaan: Rasa Bertuhan, Punca Ketenangan

     Sumber kebahagian, hakikatnya Allah telahpun menyediakan jawapan buat hambaNya tanpa perlu kita memerah keringat untuk mencarinya.

Al-Quran, sumber rujukan kehidupan
Tinggal kita untuk membaca, memahami, dan menghayati setiap kalamNya.

"...Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang."
[Surah Ar-Ra'ad 13:28]

Segalanya sudahpun jelas dirakamkan dalam Al-Quran, tinggal kepada diri kita sama ada mahu menjadikannya sebagai panduan kehidupan mahupun sebaliknya.

Maka, andai jiwa tidak bahagia sebelum ini, sedarlah kehidupan kita yang sebelum ini terlalu jauh daripada rahmat dan kasih sayangNya.
Tidakkah kita merasakannya?
Sedangkan hakikat yang sebenar, Dia sangat dekat!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (ketahuilah) bahawasanya Aku adalah DEKAT. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
[Al Baqarah 2:186]
Barangkali dosa kita, menjauhkan lagi jarak kita dengan Maha Pencipta.

Penutup : Perbaiki hati, Temui Kebahagiaan Sejati

     Kesimpulannya, kebahagian sebenarnya terlalu dekat. Malah sangat dekat dari apa yang kita sangkakan. Namun, sejauh mana dekatnya kebahagiaan itu bergantung kepada betapa akrabnya hubungan kita dengan Tuhan. Dekatkan hati ini denganNya, pasti kebahagiaan terasa.

Hakikat yang harus diterima, demi merasai sendiri kebahagiaan sejati bukannya mudah. Segalanya perlukan mujahadah dan istiqamah. Maka, perlunya kebersamaan dalam kita berusaha , agar kekuatan dapat dijana dan dipacu sebaiknya.Membaiki hati, agar iman sentiasa subur di dalam diri.



Akhir kalam, semoga hari-hari yang mendatang mampu kita sama-sama mampu mengukir senyuman dan menggapai kebahagiaan yang kita idam-idamkan.

Kebahagiaan bukan hak milik ekslusif para hartawan, rupawan, mahupun insan berjawatan, kerana ia adalah hak milik semua insan yang jiwanya adanya Tuhan. Ianya milik saya, anda, malahan kita semua.

Selagi mana hatinya subur dengan iman, pasti Allah mencurahkan kebahagiaan!

UNIC - Hakikat bahagia





Ahad, November 18, 2012

Isu Palestin : Soalnya bukan 'Mati Pucuk, tetapi 'Mati Akar'


    
KLIK DI SINI > FB :Aman Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

     Catatan kali ini, terasa ingin melakukan satu kelainan.Berlainan dari kelaziman. Mengubah satu pandangan perspektif kepada satu dimensi pandangan yang sedikit berbeza. Bukan untuk mencari kelainan, tetapi agar perbezaan itu mampu menyumbang ke arah kesempurnaan cara kita melihat sesuatu kebenaran. Hakikatnya, kelainan itu perlu agar 'titik buta' mampu ditangani secara bersepadu. Semakin banyak sudut pandangan, semakin luaslah keterbukaan minda kita dalam memandang dan menangani satu-satu isu.Andai kata pandangan ini ada cacat celanya, maaf dipinta. Diri ini juga manusia biasa.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Baru-baru ini, gempar seluruh dunia.
Dingan, panas sehingga hari ini.

Tanggal 1 Muharram 1434H,terlakar satu sejarah.
Bumi Palestin kembali berdarah.
Serangan Israel terus dikecam hebat, di alam maya mahupun di alam nyata.

Pasti, setiap daripada kita ingin bertindak sesuatu.Namun timbul satu persoalan.

Kita perlukan satu 'titik pemula' untuk bertindak.

Soalnya,dari mana harus bermula?
Apakah perkara yang pertama dan lebih utama untuk kita utamakan terlebih dahulu?

Khamis, Julai 12, 2012

Jualan Buku : 'Buku Motivasi Cinta' Sebelum Aku Bernikah


Buku Motivasi Cinta : Sebelum Aku Bernikah
by : Hilal Asyraf of langitilahi.com


InsyaAllah, ianya bakal terbit hujung minggu ini!!
dan akan mula ada di pasaran secara meluas sekitar hujung bulan Julai 2012

Tajuk       : Sebelum Aku Bernikah
Penulis     : Hilal Asyraf
Penerbit   : PTS
Harga      : RM20.00 + RM7 (untuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadangkala, manusia hanya melihat momen gembira,
Tidak terfikir bagaimana manusia menggapai bahagia,
Dan tidak berfikir bagaimana selepasnya manusia mengekalnya.

Buku ini adalah untuk mereka yang mahu berfikir
Cinta sampai ke syurga!

sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya terus di talian 0133838544 ataupun demi menjimatkan kredit anda, hantar pertanyaan kalian melalui

fb saya                       :  https://www.facebook.com/muhammadimran.khairman
our facebook's pages    : https://www.facebook.com/DanauIlmuDaie
email                          : kb_ddaie@yahoo.com

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami..
Semoga Allah redha.

"d'Daie : Pencetus Generasi Berilmu"









Khamis, Jun 28, 2012

Renungan : Nilai Iman Kita 20sen?




Lepas baca tajuk entry mesti pembaca ingat bandingkan nilai IMAN dgn NILAI 20 SEN.


Jangan salah sangka...
Jawapannya ada pada kisah di bawah, mari kita baca..
__________________________________________________________________________________ 

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yg berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia utk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas utk pergi ke masjid.

Isnin, Februari 13, 2012

Lirik Seiring Sehaluan UNIC (Special Edition)



Seiring Sehaluan_UNIC

Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar.

Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.