Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Isnin, Oktober 24, 2011

Ekspo Buku Islam : Berenang Di Lautan Buku


Assalamualaikum w.b.t.

~ Senangnya rasa hati ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


     Alhamdulillah, bersyukur yang tak terhingga rasanya kehadrat Ilahi kerana sebenarnya hampir sebulan lebih saya tidak dapat menulis perkongsian (entri) dalam laman ini. Semuanya, gara-gara masalah 'hardware' yang terbakar semasa menggunakan laptop Aspire 4551 ini. Alhamdulillah, akhirnya semua telah pulih seperti sedia kala..

Ahad, September 18, 2011

Nasyid : Asma Allah_Sami Yusuf





Composer : Sami Yusuf
Lyrics      : Bara Kherigi
Title        : Asma Allah


Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Khamis, September 08, 2011

[PERADUAN] : Anda Ingin DUIT RAYA RM 50 ??


Assalamualaikum w.b.t.
Kami ingin memberi anda duit raya. Tetapi bagaimana caranya?
Anda hanya perlu menghantar karya yang menarik ke webmaster[at]ilmi-islam.com
Kami menerima apa sahaja genre karya yang menarik.. Cinta, Motivasi atau sebagainya dan selepas itu, anda dikehendaki untuk mencari reader sebanyak mungkin dan bilangan Share Facebook.
Mudah kan?

Sabtu, Ogos 27, 2011

Entri Special : Salam AidilFitri Buat anda, Ya andalah !!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat-Tinggal-Ramadhan 1
Salam Tinggal Ramadhan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

    Alhamdulillah, kini sudah hampir pada penghujung bulan Ramadhan 1432 H. Jika diizinkan olehNya, insyaAllah bertemulah ‘jodoh’ kita sekali lagi bersama-sama dalam menempuh bulan Ramadhan yang barakah ini.

     Justeru itu, marilah kita memanjatkan doa agar segala amalan kita semasa bulan Ramadhan pada kali ini benar-benar membuatkan hasilnya. Semoga apa sahaja amalan yang kita lakukan di bulan barakah ini sama ada membaca Al-Quran, berpuasa, solat tarawih, bertahajud, menyiapkan juadah berbuka, mahupun menolong  memasang lampu pelita raya sekalipun, Allah terimanya sebagai ia sebagai amal ibadah kita buat bekalan di akhirat sana..

Sabtu, Ogos 20, 2011

Nasyid: Lagu Tema Lailatul Qadar?

 

 
Assalamualaikum w.b.t.




Lagu Lailatul Qadar??
Lagu berserta lirik : Fursan- Keinsafan Diri

 
 
Tajuk     : KEINSAFAN DIRI
Artis      : FURSAN
Layari    : http://fursankagat.blogspot.com/
 
DI SAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

Isnin, Ogos 15, 2011

Renungan : Menipu di Bulan Ramadhan ?


Assalamualaikum w.b.t.

3995B9307951B2EC8A02FB1284FA6DFD

Terasa penat di Bulan Ramadhan?

     Ya, memang tidak dinafikan sedikit kelesuan agak terasa di bulan Ramadhan ini.Tapi janganlah kita bersikap lemah, dengan banyak tidur di siang hari.Jadi,apa kata kalian luangkan sedikit masa anda untuk perkongsian santai kali ini.

     Semoga perkongsian saya kali ini, bacaan kalian ini, Allah terimanya sebagai satu amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini sebagai bekalan di akhirat sana, insyaAllah ….

Amin..
  

Isnin, Julai 25, 2011

Ramadhan : Masa Untuk Bersuka Ria


Assalamualaikum w.b.t.

A09BA3A64B32F3255ACC0DA2DEBB162D


“Alamak, daa nak bulan Ramadhan laa…!!”

“ Erk, macam mana nak pose…lafaz niat pun tak ingat daa nie.. “
     
Mungkin inilah antara keluhan bisikan hati-hati nurani yang masih belum mengerti apa itu Ramadhan.Mereka ini lazimnya merupakan golongan yang tidak bersedia untuk menghadapi bulan ini terutamanya adik-adik kita yang masih kecil bukan?

     Jadi, kalian sebagai seorang abang/kakak yang matang,berkaliber lagi berwibawa, kita haruslah membantu adik-adik kita agar dapat mengubah persepsi bahawa bulan Ramadhan ini bukan bulan yang menyusahkan, bahkan satu bulan yang harus dinikmati dan ditempuhi dengan perasaan gembira.
5092D606B0F4534A6E8E160BB9019AF3

Ramadhan = Bulan Untuk Bersuka Ria  \(^_^)/
   
     Menarik bukan? Bulan Ramadhan sebenarnya masa untuk bersuka ria. Kita mampu sebenarnya menikmati keseronokan bulan Ramadhan sekiranya kita benar-benar menghayati dan mengenali apa itu Ramadhan Al-Mubarak.
    
       Bak kata pepatah, tak kenal maka x cinta bukan?  Ayuh, jom ajak adik-adik kita sama-sama mengenali bulan Ramadhan yang penuh barakah ini agar bulan yang ditempuhi ini dapat diwarnai dengan aktiviti yang menceriakan dan menggembirakan.

Tutorial : Gambaran Bulan Ramadhan

     Ramadhan ; Pelbagai cara jua kaedah mampu kita terangkan kepada adik-adik kita ini mengenainya. Persoalannya, bagaimana untuk menerangkannya dengan cara yang mudah difahami dan menarik? Di sini saya kongsikan satu video untuk tatapan kalian.


Siapa lupa lafaz niat puasa bolehlah nyanyi sekali ye =)

p/s : Video ini share laa dengan adik-adik ya.. Baik punyer!! Thumbs up

Puasa : Suatu Ketika Dahulu Kala…
   
     Bahagian ini hanya seningan ok..Terkenang sebuah memori lalu, pengalaman berpuasa semasa kecil.Sejujurnya, saya  agak bersetuju mengatakan ianya sangat menarik. Tapi….

F30AAC8C2B4141FB65F4C4EC75C9D943

 Sangat tak molek untuk dicontohi!!
  
Dosa laa..  Berikut merupakan ‘taktik puasa tak puasa’ tahun 90-an yang saya praktikkan semasa saya tadika dahulu kala.Sekarang daa besar takde laa buat lagi.

Minum Air ‘Paip’si = Air Pepsi ??
   
     Waktu puasa, alahai maklumlah dahaganya macam anak tekak sejengkal dengan jarak  matahari.Keazaban menunggu tibanya masa berbuka puasa tak mampu diterjemahkankan dengan kata-kata.Masa kecik semua benda tak tahan. Jadi, kenikmatan air paip pun mampu bertukar jadi seindah meneguk air pepsi.Lokasi berhampiran pili air menjadi pilihan hati di siang hari.

3833726028_677495bdd3

Hah,kantoi.. curi-curi minum ?!!
  
  p/s : Part ini JANGAN di share bersama adik-adik.. Tak baik punyer!! Thumbs down

Terbaik : Promosi Bulan Ramadhan!!
     
Macam-macam ada, bak kata astro. Begitulah kisahnya bila kita membicarakan mengenai fadilat/kelebihan di bulan penuh barakah ini.Saya pasti kalian pernah menghadiri majlis ilmu berkisahkan perihal Ramadhan, dan sudah tentu lebih arif daripada saya.Di sini saya catatkan sedikit mengenai fadilat di bulan yang mulia ini. Antaranya ialah..

1) Dibuka Semua 8 Pintu Syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari).

2) Terampun dosa-dosa lalu

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

“Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

dan pelbagai lagi kelebihan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..

2773372728_e691d1908d
3833764534_b95e2218a5
   
     Pendekatan dalam membantu adik-adik kita pula sudah tentulah berlainan dengan kita kerana kefahaman mereka mengenai puasa masih sedikit. Jadi, sebagai ‘amplifier’ bagi meningkatkan semangat mereka untuk terus gagah bertahan berpuasa sehingga tibanya waktu berbuka, aktifkanlah minda kita bagi mencerna  idea bernas  supaya dapat  menggambarkan bahawa ramadhan itu menyeronokkan kepada mereka. Ceritalah pasal juadah berbuka yang enak, jualan di bazar ramadhan, dapat duit raya lebih, dan sebagainya.

Penutup : Ayuh, Puasa Sama-sama Raya Sama-sama!!’

       Sesungguhnya, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Begitu jugalah kepada adik-adik kita. Saya sendiri kini mempunyai 4 orang adik yang masih lagi belum terdaya untuk berpuasa secara  penuh .Dengan harapan mereka  juga bersemangat seperti kalian dalam menyambut Ramadhan kali ini bersama-sama .

testi_ramadhan_budak1testi_ramadhan_budak2

Akhir bicara kata daripada saya, semoga Ramadhan yang kita lalui ini ialah Ramadhan yang terbaik dapat kita jalani. Di samping memperbaiki iman dan amalan, adik-adik yang belum berkemampuan kita jangan lupakan. Jika bukan kita mahu membantu mereka, siapa lagi?

“Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak”

 2879078701_df6dfab476
     
     “MARHABAN YA RAMADHAN, Mari kita Sentiasa Setting NIAT, Upgrade IMAN, Download SABAR, Delete DOSA, Approve MAAF & Hunting PAHALA, Agar Kita Getting GUEST LIST Masuk SURGA-Nya, Pulang ke kampung SURGA Pakai Mobil JIHAD, yang Berbahan Bakar ISTIQOMAH, Dengan Sopir KEIKHLASAN, Lewat Jalan IMAN, Jangan Lupa bawa Peta QUR’AN & SUNNAH, juga Bekal TAQWA….., MARHABAN YA RAMADHAN”

Wallahualam..
my signature

Memadaikah sekadar melafazkan syukur, Alhamdulillah?


Assalamualaikum

MUHAMMAD IMRAN IS SATISFIED

Bruupp…Alhamdulillah Smile

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

“Alhamdulillah”

Ya itu dia, perkataan yang lazim kita dengarkan tatkala kita rasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan yang Allah telah berikan kepada kita. Rezeki yang diberikan kadang kala seperti mencurah-curah tanpa kita pinta pun daripadaNya. Maha Suci Allah, Dialah Sebaik-baik Pemberi Rezeki. Akan tetapi, adakah hanya melafazkan kalimah itu sudah cukup memadai buat kita sebagai hambaNya di muka bumi ini? Jadi,marilah kita bersama-sama menyingkap persoalan tersebut. Semoga kita memperoleh sesuatu di sini.

Jumaat, Julai 15, 2011

Perkongsian : Saya Sudah Jatuh Hati …



Assalamualaikum w.b.t.

C72B3DA3FF82CC27A4D2626FD1AB9E80

 Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana masih lagi saya dikurniakan kudrat untuk menggerakkan jari-jemari ini  untuk terus berlari pantas di atas papan keyboard ACER ASPIRE 4551 ini. Semoga kita terus dalam payungan dan inayah daripadaNya. InsyaAllah, pada kali ini perkongsian saya berkaitan satu tajuk yang menarik iaitu

Perkongsian : Saya Sudah Jatuh Hati…

A57DB237E5B275E1D42D9D0C5B8F8638

Bukan kes macam kat atas ni!

Jatuh hati = Suka Sangat

Khamis, Julai 07, 2011

Persoalan Maut : Berapa Kerapkah Anda Menulis Blog?

Assalamualaikum

 Kali ini ringkas dari saya.Jawablah soalan ini denagn seikhlas hatimu.InsyaAllah,ada sesuatu yang mampu diambil sebagai pedoman bukan kita bersama-sama



Berapa kerapkah anda menulis blog?

Rabu, Jun 29, 2011

Renungan : Saranan Untuk Menggerakkan BERSIH 5.0


Assalamualaikum w.b.t.


selamat membaca

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:



Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”

Riwayat al-lmam Muslim.


Rabu, Jun 22, 2011

Al-Quran : Kompas Kehidupan Menuju Akhirat

BISMILLAH

Assalamualaikum w.b.t.

36974_139821636031547_129716743708703_408594_212153_s

Salam bicara dari penulis...
  
   Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas keluasan limpahan kasih sayangNya, masih lagi kita  ditetapkan rohani  dan jasmani kita untuk terus berada dalam kehidupan insan, sebagai seorang Islam dan beriman kepadaNya. Mudah-mudahan, nukilan saya, dan pembacaan kalian pada kali ini, Allah terimanya sebagai sebahagian dari amal soleh kita yang mampu dijadikan secebis bekalan di akhirat kelak.

Lafazkanlah amin, wahai sahabatku yang budiman sekalian…

  Rasanya, masih belum terlambat untuk saya mengajak anda untuk lantas mengukirkan senyuman pada saat ini. Sesungguhnya, kuntuman senyuman itu mampu membahagiakan kehidupan bukan sahaja diri anda, malahan sesiapa sahaja di sekeliling kita .Sekiranya anda rasa belum melakukannya lagi pada hari ini, saya senang hati sudi  membantu anda di sini.

Jadi ,apa kata kalian menghayati gambar di bawah ini.

gambar-beruk-yang-nakal 1

Kawan siapa laa nie? Tak nak ngaku lak!

    Anda tersenyum @ tersengih? Saya tidak pasti, kerana jawapannya ada pada diri kalian. Sekiranya ya, berterima kasihlah. Bukan kepada saya, tetapi kepada Allah s.w.t. .Sesungguhnya, segala-galanya datang daripadaNya, dan kepada Dialah jua sebaik-baik tempat untuk kita kembali melafazkan pujian dan kesyukuran. Senyuman, satu ‘anugerah’ yang sungguh berharga kepada kita semua.
  

terkejut

Ehh… ter’accident’ lak!

Sebelum saya ter’accident’ semakin jauh bercerita perihal berkenaan senyuman,ayuhlah kita kembali dengan tajuk utama perkongsian ilmiah  kita pada kali ini, iaitu :

al-quran

~ Al-Quran : Kompas Kehidupan Menuju Akhirat~

Anda tertarik dan berminat? Teruskan pembacaan anda sehingga titik noktah yang terakhir.InsyaAllah,akan ada satu hadiah menanti anda di akhir bicara ini…

Al-Quran : Sumber utama dalam kehidupan

sailingsunbreak
Kehidupan umpama satu pelayaran

   Seumpama sebuah pelayaran di lautan biru yang luas terbentang, kita AMAT memerlukan satu ‘PANDUAN’ agar kita tidak sesat dalam menuju DESTINASI yang ingin kita tuju.Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, teknologi satelit (GPRS) telah menjadi ‘PANDUAN’ terbaik bagi menentukan kordinat dan menuju ke destinasi yang diingini, yakni matlamat kita dalam pelayaran tersebut.Tanpa ‘PANDUAN’ tersebut, nescaya kita akan terus hanyut terkapai-kapai dibawa kerakusan arus gelora dalam menempuh pelayaran tersebut.

  Begitulah analogi kehidupan, seorang hambaNya dalam  merentasi alam kehidupan di dunia yang sementara ini.  Hakikatnya, setiap insan mahu tiba ke DESTINASI pengakhiran yang terbaik dalam hidupnya, yakni dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi. Ya, itulah matlamat orang yang beriman  dengan sebenar-benar iman. Saya menyatakan 'orang yang beriman' di sini adalah kerana hanya orang yang  beriman kepada hari akhirat  sahaja  meyakini kewujudan hari perhitungan tersebut.Jika seseorang itu tidak beriman kepada hari akhirat, maka tiada relevannya untuk seseorang itu meletakkan di syurga  sebagai DESTINASI matlamat pengakhirannya.

matlamat2

Matlamat ; anda tentukanlah sendiri.

  Apabila matlamat sudah jelas iaitu DESTINASInya di syurga kelak kini, kita semestinya memerlukan satu ‘PANDUAN TERBAIK’ bagi menjayakan misi kita dalam mengharungi kehidupan ini. Apabila kita mencari PANDUAN yang ‘TERBAIK’, tidak lain tidak bukan Al-Quran dan As-Sunnah sahajalah jawapannya. Hal ini telahpun dijelaskan dalam  sebuah hadis yang juga merupakan kalam terakhir yang diungkapkan sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

   Berikut merupakan antara petikan dari khutbah tersebut :-

“Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah AL-QURAN dan SUNNAHku.”

Ya, sahabat-sahabat. Tidak akan sesat selama-lamanya.

Selama-lamanya…

Ayuh sahabatku yang budiman,marilah kita sama-sama membacanya,hayati, dan renungkanlah buat muhasabah diri ini…

 Realiti Kehidupan : Pencipta Tahu Apa Yang Terbaik

  Di sini izinkan saya membuat satu lagi analogi bagi memudahkan sahabat sekalian memahami apa yang ingin saya kongsikan bersama kalian. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.

   ML (Mail Lambung) ,merupakan pereka designer bagi model motosikal terbaru Syarikat MotoCabuk Sdn.Bhd..Memandangkan ML sahajalah yang lebih arif mengetahui segala perincian mengenai segalanya berkenaan motosikal tersebut, maka sekiranya ada kerosakan/masalah yang melibatkan motosikal tersebut, rujukan terbaiknya adalah terus merujuk kepada beliau.Bukannya kepada Asip,Ah Cong, mahupun Arumugam.Bukankah itu solusinya yang terbaik?

motocabuk12

Motosikal terbaru keluaran MotoCabuk Sdn. Bhd.

     Baiklah, kini saya mengajak sahabat sekalian untuk menarik nafas sedalam-dalamnya.Kemudian, dengan tenang aktifkanlah jiwa dan bukalah mata hati kalian. Perhatikan segenap kehidupan kita, dan tanyalah diri anda, siapakah yang menciptakan kehidupan kita ini? Tidak lain tidak bukan, jawapannya hanya satu yakni Allah s.w.t. yang Maha Pencipta segala-galanya. Hakikatnya, Dia lebih Maha Mengetahui mengenai segalanya mengenai kehidupan ini.Hanya Maha Pencipta sahaja lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaanNya.

MUHAMMAD IMRAN IS FINE

Al-Quran; sumber terbaik

   Sedarlah wahai insan, segala kepincangan  dan masalah yang wujud dalam kehidupan ini ada penawar yang terbaik dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Al-Quran. Al-Quran itu sendiri merupakan BicaraNya,masakan kita tidak meyakini KalamNya ini? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui, Maha Kuat, Maha Penyayang, Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu?

  Solusinya sudah nyata terang lagi bersuluh.Jadi,renung-renungkanlah di mana kita meletakkan Al-Quran dalam kehidupan kita…   

Aplikasi Menarik : Software Al-Quran Digital


   Seperti mana yang telah tertera dalam tajuk perkongsian ilmiah pada kali ini, izinkan saya berkongsi sedikit mengenai perisian menarik ini pula. Al-quran digital ; barangkali mungkin sahabat sekalian pernah mendengar atau sudahpun memilikinya sendiri. Dipendekkan cerita, saya akan terus berbicara mengenainya.Semoga kalian tertarik juga untuk memilikinya…

AlQuran digital1

Ringkasan pandangan saya berkenaan aplikasi ini :-

1. Dilengkapi dengan 30 juzuk beserta terjemahannya sekali.

2. Pembahagian topik telah dibuat seperti berkenaan dengan iman, sirah, adab, hukum, dan sebagainya.

3. Ada ruangan search untuk mencari perkataan yang terkandung dalam Al-Quran.

4. Yang paling best, sebab ianya free!

Alquran3

Dibahagi mengikut bab

Alquran2

Contohnya : adab membaca Al-Quran

MWSnap063


Hasil pencarian perkataan ‘beriman’

Menarik bukan? Terasa ingin dan teruja untuk memilikinya sendiri? Ya, dapat saya lihat sinar-sinar cahaya pengharapan terbit dari mata kalian...

MUHAMMAD IMRAN FEELS HOPE

Wajah yang penuh sinar harapan!
  
   Jangan risau, saya tidak akan menghampakan harapan kalian.Memang itulah hadiah yang ingin saya berikan kepada sahabat sekalian seperti mana yang telah saya nukilkan pada awal bicara tadi.Semoga kalian gembira dengan pemberian yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada apa-apa permasalahan, bolehlah catatkan di ruangan komen,insyaAllah saya akan membantu dengan secebis ilmu yang ada dalam diri ini.

Klik di sini untuk download :  http://www.ziddu.com/download/4919682/AlQuranDigital.zip.html

Penutup : Jadikanlah ia Peneman Hidup Kita.


23322-al-quran


  Al-Quran ; kompas kehidupan menuju akhirat

   Sebelum mengakhiri coretan pada kali ini, saya mengajak sahabatku sekalian agar marilah kita sama-sama mendampingi Al-Quran dengan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan kita. Apa kata kalian, sekurang-kurangnya 1 muka tiap kali kita habis solat. Sahabat saya pernah mengatakan kepada saya, biarlah sedikit bacaan,asalkan istiqamah. Jika difikirkan, bernas  juga apa yang diujarkannya. Adakah bacaan secara ‘maraton’ menghabiskan 30 juzuk dalam masa sebulan (biasa masa ramadhan) terjamin lebih baik dari membaca Al-Quran dengan hanya 10 muka surat tiap-tiap hari tetapi  penuh tertib,bertajwid dan penghayatannya? Pentingkan kualiti @ kuantiti? Anda tentukanlah sendiri.

Akhir kalam,satu pesanan terakhir dari saya,

smile12

Warnailah kehidupanmu dengan senyuman
  
   Rasanya cukuplah sampai di sini.Semoga sahabat sekalian mendapat sesuatu hasil nukilan saya pada kali ini.Semoga berjumpa dalam pertemuan akan datang jika diizinkanNya, insyaAllah.Renung-renungkan, dan selamat beramal.

   Assalamualaikum

1





p/s : Untuk kebaikan jangka panjang,adalah lebih baik jika anda memiliki Al-Quran tafsir. Dapatkannya di pasaran berhampiran anda. Tidak seperti surat khabar mahupun buku komik,belinya sekali, tidak akan ‘expired’ sampai kiamat. Berbaloi bukan?

Jumaat, Jun 10, 2011

Hikmah Kembara : Lihatlah Dengan Mata Hatimu.

BISMILLAH_thumb
Assalamualaikum

    Sebelum saya memulakan bicara pada kali ini, suka untuk saya berpesan kepada sahabat-sahabat agar perbanyakkan ibadah senyuman dalam kehidupan kita.Percayalah, senyuman itu akan membawa sinar kebahagiaan jauh dari dalam sudut kehidupan kita. Justeru, marilah kita mendoakan agar kehidupan kita juga seindah senyuman yang diukirkan dari wajah kita ini.

Katakanlah amin, wahai sahabatku…

happy-512-x-384
Senyuman itu Indah

   Alhamdulillah,bersyukurlah kita kepada Ilahi atas keluasan limpahan kasih sayangnya yang tidak berpehujung ini,masih lagi kita diberi nikmat terbesar dalam kehidupan ini iaitu nikmat Islam dan nikmat iman. Nikmat di dunia ini sahaja, jika niat kita tergerak untuk membilangnya, saya yakin anda tidak mampu untuk mengiranya.

Firman Allah s.w.t. :-

“ Dan jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya, Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. ( An.Nahl  : 18)
   
Sungguh, tidak terkira banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hakikatnya,jika kita melihat kurniaan nikmat Allah kepada kita sejak kita dilahirkan, sehinggalah ke saat anda sedang membaca nukilan saya ini, masyaAllah! Apa yang Allah beri pada kita sebenarnya sehingga ke hari ini lebih dari yang kita harapan .Rezeki kadang kala datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Cuba kita perhatikan, renungkan, dan muhasabah diri kita.Begitu luasnya kasih sayang Allah kepada kita.Tidakkah kita merasakannya?

 Pengajaran : Hakikatnya Wujud Di Mana-mana.

 green 

Indah Bukan?

   Pada perkongsian yang santai pada kali ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian agar kita bersama-sama mengembara dan melihat setiap kejadianNya dari dimensi yang lebih mendalam.Maksudnya di sini ialah kita melihat setiap kejadian yang Allah ciptakan ini bukan sekadar pandangan zahir semata-mata, malah lihatlah hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik keajaiban alam ini diciptakan.  Dalam setiap kejadianNya pasti ada tanda-tanda kebesaranNya jika kita benar-benar hayati,renungi, dan lihatlah sesuatu dengan mata hati.
  
 Apa kita kita perdengarkan lagu ini dahulu.Khas saya buatkannya untuk sahabatku sekalian.

MUHAMMAD IMRAN IS LISTENING MUSIC

Maka dengarkanlah :-
 
 
Lagu Tema Kembara Mencari Sinar Ilahi
 
Baiklah,tiba masanya pula kita sama-sama lihat bicaraNya berkenaan hal ini.

Firman Allah s.w.t ;-

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

(al-Hajj 22:46)
Firmannya lagi :-

“ Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.”
(Al-Nahl 16:13)
poster 2
  
 Percayalah,pengajaran itu hakikatnya wujud di mana-mana dalam kehidupan kita.Kini, terpulanglah pada kita sendiri sama ada mahu mengambil pengajarannya ataupun sebaliknya.Justeru, marilah kita sama-sama aktifkan jiwa kita,dengan melihat sesuatu itu bukan sahaja dengan pandangan zahir sahaja, malahan menembusi dimensi yang lebih melangkaui pandangan pancaindera kita,iaitu pandangan dari mata hati kita. 
 
Penutup : Ayuh Mulakan Langkah Kita

    Anda masih berkira-kira untuk berusaha bergerak mengambil hikmah dan pengajarannya? Saya nasihatkan jangan kita bertangguh lagi.Lebih baik kita mula sekarang, sebelum kita terlambat di kemudian hari.Sedarlah, sesungguhnya ajal tidak pernah menunggu kita sama ada kita sudah bersedia mahupun tidak.Ya, kitalah.maksud saya, saya dan anda….

 
MUHAMMAD IMRAN CAME OUT TO RUNNING

Mari mulakan langkah kita!

Firman Allah s.w.t. :-

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka) ? Dan jangan pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak antaranya orang-orang yang fasik”.

(Al-Hadid 57:16)

  Itulah peringatan daripadaNya kepada kita.Jadi,ambilah hikmah dan pengajaran atas tiap-tiap satu kejadiannya di muka bumi ini. Pandanganlah ia dengan mata hati kita, insyallah kita akan menemukan sesuatu tentang kebesaranNya yang menjadikan kita lebih sedar akan keesaanNya sebagai Maha Pencipta.

   Semoga nukilan saya ini ,pembacaan sahabat-sahabat pada sebelum ini,kali ini, dan hari-hari yang kemudiannya, serta lagu yang kita sama-sama hayati tadi, Allah kiranya sebagai salah satu amal soleh kita.Mudah mudahan…

Ingatlah,lihatlah sesuatu dengan mata hati….

Assalamualaikum
1

Selasa, Jun 07, 2011

Kembara Mencari Sinar Ilahi


Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum apa-apapun yang ingin dibicarakan, satu hadiah senyuman terhebat  untuk sahabat yang sudi membaca entry ini !

big_smile1

Terima kasih ya !!

     Terlebih dahulu, suka untuk penulis memberikan satu penghargaan  yang tidak terhingga dan ucapan jutaan terima kasih  kepada sahabat-sahabat kerana sudi meluangkan masa dalam setiap perkongsian yang telah dikongsikan sejak dahulu hingga ke hari  ini. Tidak dilupakan juga kepada sahabat yang sudi menjadi sahabat follower kepada laman perkongsian ini. Sekali lagi, jutaan terima kasih. Semoga sahabat sekalian selalu berada dalam sihat sejahtera dan bahagia dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

~TERIMA KASIH ~

Baiklah,bagi  pengisian pada kali ini pula sudilah penulis kali ini membawa sahabat sekalian untuk membawa satu tajuk yang menarik bertajuk :-

‘ Kembara Mencari Sinar Ilahi ’

Agak-agak apa ya yang ingin dikongsikan?

207641_192300560812238_104326862942942_448285_5471635_n

Errr.. entahlah.. ape yer agak-agak ??

  Sebenarnya, perkongsian kali ini mahu membawa para sahabat bersama-sama penulis berkenaan  perkongsian, mengenai  penjenamaan semula laman sesawang ini dan pembawakan baru yang bakal menjadi halatuju penulis dalam dunia blog sempena genapnya usia setahun blog ini sejak  ia ditubuhkan pada Jun 2010.

157073_185070788173298_129716743708703_723536_3503795_n

Syukurlah, selamat setahun berlalu (Jun 2010-Jun 2011) ..

     Ya, sudah setahun jagung usianya tanpa disedari. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga. Semoga perkongsian santai pada  kali ini, kita memperoleh sesuatu yang bermanfaat,insyaAllah.

Dunia blog ; Bukan sekadar perkongsian

    Blog ; Satu fenomena yang sangat luar biasa. Bukan satu istilah yang asing terutamanya kepada golongan belia pada masa kini.Seumpama cendawan yang tumbuh selepas hujan, ledakan pertumbuhan blog pada hari ini tidak dapat dinafikan sungguh rancak dan mengagumkan. Penulis yakin  kebanyakan sahabat yang sedang membaca entry ini juga memiliki blog sendiri bukan?
  Pelbagai jenis dan variasi blog dapat kita perhatikan pada hari ini ; untuk penulisan peribadi, sebagai mengembangkan perniagaan, dan tidak kurang hebatnya sebagai satu medium perkongsian ilmu. Tidak salah untuk memiliki blog ini asalkan kita tidak lemas dalam dunia blog yang kita cipta sendiri dan tidak lari dari tujuan hidup sebagai seorang hambaNya di muka ini.

Naming-your-blog-create-good-blog-title

Firman Allah s.w.t. :-

“ Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah (kepada Kami).”

(Az-Zariyat :56)

   Bila kita berbicara untuk beribadah kepadaNya,perkara yang harus jelas dalam fikiran kita sebagai seorang hambaNya ialah ibadah itu bukan sahaja terhad di pagar-pagar surau dan masjid semata-mata. Bukalah minda kita dengan seluas-luasnya.

MUHAMMAD IMRAN WAS RIGHT
Berfikirlah di luar kotak ye...!!!  
  
 Luaskanlah skop pemikiran ibadah, yakni dengan menjadikan seluruh amal perlakuan dalam kehidupan kita itu ibadah kepadaNya.Termasuklah dalam hobi yang digemari para blogger sekalian seperti aktiviti berblog. Permudahkan ibadah kita dengan menjadikan hobi kita itu sendiri sebagai sebahagiaan dari salah satu ibadah seharian kita. Menarik bukan?

Hobi = Berblog = Ibadah (perkongsian ilmu dengan blog)

    Ya, jadikan minat terhadap sesuatu sebagai sebahagian dari ibadah.Mengapa tidak? Bukan sahaja menulis perkongsian ilmu dalam blog, malahan hobi kita yang lain juga seperti menulis diari,bermain futsal, mengambil gambar dengan kamera DSLR, menyanyi, melukis komik, dan sebagainya mampu dijadikan sebagai ibadah.

    Contohnya, anda berminat ambil gambar. Apa kata anda ambil gambar panorama,kehidupan masyarakat,mahupun keindahan alam semulajadi.Kemudian, ditambahkan nilai seninya dengan menggunakan kemahiran anda dalam photoscape mahupun adobe photoshop. Seterusnya anda cuba mengaitkannya dengan keluasan keindahan ciptaanNya. Menarik untuk dikongsikan bersama-sama.Contohnya,gambar di bawah ini :

sendirian

     Apa lagi yang anda suka? Melukis ? Baiklah, anda lukis watak yang anda suka, kemudian plotkan jalan ceritanya berkonsepkan nasihat, dakwah, dan nilai-nilai murni yang harus ditonjolkan dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Contohnya ada di sini. Saya pasti anda juga akan tertarik dengan karya lukisannya.Padat dengan isi yang tersurat dan tersirat.

komik


Nampak? Jadikanlah segala perkara yang kita gemari itu niatkan sebagai ibadah kepadaNya.Tidakkah kita melihat begitu mudahnya ibadah itu sekiranya kita luaskan skopnya?

Nafas Baru ‘Juz 4 My Life’ ?

   Pada perkongsian kali ini juga, penulis ingin mengumumkan secara rasmi bahawa tajuk blog ini bukannya lagi ‘Juz 4 My Life’. Mungkin ianya releven untuk penulis kerana konsepnya dahulu hanyalah untuk kegunaan peribadi . Atas dasar ingin menjadikan ia lebih bertepatan dengan pengisian dan ingin menjadikan ia sebagai medan untuk perkongsian ilmu bersama sahabat yang saya kasihi sekalian,maka moleklah ia ditukarkan kepada satu tajuk pembawakan  yang lebih bermakna untuk semua pihak.

fajar

~ Kembara Mencari Sinar Ilahi ~

    Terlebih dahulu, terima kasih kepada sahabat penulis yang banyak mempengaruhi dan mendorong pada pembawakan baru yang lebih bermanfaat dalam perkongsian dalam blog ini sebenarnya selama ini. Antaranya ialah :-

blog harith 


Nur Rahman


dan banyak lagi. Jangan segan silu menziarah ke laman sesawang mereka juga okay? Bukan sekadar perkongsian di sana, malahan sebagai salah satu tempat untuk kita menambah ilmu di dada, bermuhasabah dan memperbaiki diri sendiri ke arah menggapai kejayaan di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Pembawakan Baru : Kembara Mencari Sinar Ilahi

    Kembara Mencari Sinar Ilahi. Bukannya satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi melengkapi kehidupan ini. Anda tidak percaya? Temui jawapannya di akhir perkongsian ini.Sebelum itu, ingin saya kongsikan sesuatu pengalaman saya yang berharga di sini.Teruskan mengamati pembacaan anda dengan hati yang terbuka sehingga ke titik noktah yang terakhir dalam perkongsian ini.

36974_139821646031546_129716743708703_408597_1714720_s

Membaca Jambatan Ilmu

   Tatkala  membuka lembaran catatan entry yang pernah saya postkan sebelum ini, tertarik kembali penulis kepada satu post yang pernah dikongsian pada akhir tahun lalu, tajuknya ialah ‘ Siapakah Diriku Yang Sebenarnya‘. Satu perkongsian yang istimewa, kerana dari sinilah merupakan antara titik tolak yang membawa diri ini terus menerus ke arah berusaha mencari  hakikat  sebenar kehidupan seorang hambaNya di muka bumi ini. Hakikat kebenaran yang perlu sama-sama kita cari dan terokai.

Menarik untuk dikongsikan bersama-sama sahabatku sekalian.

bagus

Klik link di bawah


Perkongsian yang sebenarnya banyak menggerakkan diri ini untuk terus berusaha mencari sinar cahayaNya. Semoga mendapat sesuatu dari perkongsian tersebut.


Penutup : Marilah Berusaha Sebelum Terlambat


   Sebelum mengakhiri bicara kata, izinkan saya berkongsi satu ayat Al-Quran  yang sangat penting buat renungan kita bersama-sama. Jika perlu, catatlah sebagai peringatan buat kita pada masa kita teralpa dalam mengingatiNya di memo skrin laptop kita ataupun di mana sahaja kawasan yang memudahkan kita melihatnya selalu. Jika tidak mampu, bukalah lembaran Al-quran terus, dan rujuklah ia.

alquran

Sumber rujukan teragung, Al-Quran Nur Karim


Firman Allah s.w.t :-

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka) ? Dan jangan pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak antaranya orang-orang yang fasik”.
(Al-Hadid 57:16)

Ya, belum tibakah masanya untuk kita mengamati kalamNya?

Belum sampaikah masanya untuk kita melihat kebenaranNya?

Belum sampaikah lagi masanya…. ?

   Sungguh, saya terkesan dengan ayat ini. Ayat yang penuh ikhtibar dan pengajaran yang harus direnungi bersama-sama kalian.Usia muda bukanlah menjadi ‘lesen besar’ untuk kita melengah-lengahkan masa dalam menghayati dan mendalami erti kehidupan sebenar dalam Islam.  Sesungguhnya, kematian tidak pernah menunggu kita sama ada kita sudah bersedia mahupun sebaliknya. Percayalah, dalam ketegasan peringatan ini tersembunyi 1001 isi yang tersirat yang harus kita fikirkan bersama-sama.

  Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha demi menggapai rahmatNya,agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi di dunia mahupun di akhirat kelak Jadikanlah sumber terhebat sebagai ‘Perlembagaan’ hidup kita,yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

    Apa tunggu lagi sahabat sekalian? Ayuh, segera mulakan langkah  kita! Ya, kitalah! Maksud saya , saya dan anda.Mari…

kembara mencari sinar Ilahi

~Mengembaralah Mencari Sinar Ilahi ~

   Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini, dan terus bertambah baik pada hari-hari yang mendatang,InsyaAllah.

“ …Sesungguhnya, Allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”.

( Ar.Ra’d 13:11)

Assalamualaikum

1