Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Sabtu, Januari 15, 2011

Tatkala Berbicara Tentang Cinta ……


Assalamualaikum..

281

waaah... tatkala berbicara tentang cinta lak, hmm..no comment yer..
malaz  den nak kabo banyak2, jom hayati nasyid nih dulu ^_^


~ Di Atas Nama Cinta ~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman =D

teruja

Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan

    MUHAMMAD IMRAN IS SLEEPING
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

    Bukan mudah
    Bernafas dalam jiwa hamba
    Dan ku cuba
    Menghindarkan pesona maya
    Kerna tak upaya ku hadapinya
    Andai murka-Nya menghukum leka

cinta_2

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
   
 Biar sendiri hingga hujung nyawa
    Asal tak sepi dari kasih-Nya
    Kerna sesungguhnya hakikat cinta
    Hanya Dia yang Esa
    Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
    Sehingga ku rasai
    Nikmat-Nya
    Syurga-Nya
    Cinta-Nya
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com 
……………………………………………………………………………………….

Alhamdulillah..minggu lepas terdetik di hati ini membuka mesej dalam inbox di laman sosial facebook..daa belambak sangat  kat dalam tuh tapi tak perna rse nak bukak..jadi, 

MUHAMMAD IMRAN IS CLEANING

ayuh membersihkan inbox yang daa bersawang..!!!

tatkala saya membuka salah satu mesej tersebut, tidak menyangka ia sesuatu perkongsian yang teramat2 menarik..amat bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang,…dan rasenya lebih baik dikongsikan daripada ia terus menyepi dalam inbox tuh…

Windows Vista_02

sharing is caring :D

sebenarnya, tajuk perkongsian ini tidak dapat dinafikan agak berat untuk saya kongsikan kerana mungkin ada beberapa aspek yang saya terlepas pandang..walau bagaimanapun diharap agar pengisian ilmu yang diterima ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan kita untuk kita bersama-sama menyedari apa yang telah kita lakukan selama ini..

Apa Kata Mereka…

Seperti biasa, segmen ‘Apa Kata Mereka’ juga tidak akan tercicir dalam pengisian kali ini.. rasanya tidak adil sekiranya hanya saya sahaja mengeluarkan pendapat mengenai skop ‘apa itu cinta’..=D jadi, mari kita lihat apa kata mereka…

satu
MWSnap003
MWSnap009

nama2 yang terlibat telah di blacklist kan agar tak disalah gune..Smile Apapun pandangan anda, ribuan terima kasih atas perkongsian pendapat yang diberikan..

rasanya, sudah tiba masanya untuk pengisian yang sebenar..jadi, layan jer arr yer..

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee… (Isu panazzz yang lebih hangat daripada biasa ) hehe..


1. Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camne lak ni?
                                                                                                                                               “Dan
kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

MUHAMMAD IMRAN IS IN A GOOD MOOD

                                                        waaa.. boley kawin =)
                                                                                                                                           
2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit laaaa nak
kawin..huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi  nafsu”.

ru_01.8

laparrnye bile puase…grrrr..!!!

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin,
tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas arr saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu.. 

MUHAMMAD IMRAN IS CONFUSED

camne ek kalau ade orang len kebas??? cobaan…

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live
without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30
Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari


jihad_for_love

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa
dia.. dia duduk jauh.. kiteorang xpernah pon
berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

MUHAMMAD IMRAN IS TALKING ON THE PHONE

begayut x ingat dunie daa..!!!

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya
pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia
seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

MUHAMMAD IMRAN FEELS LIKE NOTHING

laa, saya bukan cun/ ensem pon… sape arr nak ??

7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up
lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

duhai pemuda
Kesimpulannya :-

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. 
                                                                                                                                         Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor

4322504578_2e045358be

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng  kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah..

Wassalam..Smile

p/s : rasa tak cukup, sila2 jemput berkunjung ke halaman ini sebagai input tambahan :-






ok dah2, yang laen cari sendiri…usaha tangga kejayaan Winking smile

1 ulasan:

SHAR berkata...

im maw share kat fb...