Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Rabu, Jun 22, 2011

Al-Quran : Kompas Kehidupan Menuju Akhirat

BISMILLAH

Assalamualaikum w.b.t.

36974_139821636031547_129716743708703_408594_212153_s

Salam bicara dari penulis...
  
   Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas keluasan limpahan kasih sayangNya, masih lagi kita  ditetapkan rohani  dan jasmani kita untuk terus berada dalam kehidupan insan, sebagai seorang Islam dan beriman kepadaNya. Mudah-mudahan, nukilan saya, dan pembacaan kalian pada kali ini, Allah terimanya sebagai sebahagian dari amal soleh kita yang mampu dijadikan secebis bekalan di akhirat kelak.

Lafazkanlah amin, wahai sahabatku yang budiman sekalian…

  Rasanya, masih belum terlambat untuk saya mengajak anda untuk lantas mengukirkan senyuman pada saat ini. Sesungguhnya, kuntuman senyuman itu mampu membahagiakan kehidupan bukan sahaja diri anda, malahan sesiapa sahaja di sekeliling kita .Sekiranya anda rasa belum melakukannya lagi pada hari ini, saya senang hati sudi  membantu anda di sini.

Jadi ,apa kata kalian menghayati gambar di bawah ini.

gambar-beruk-yang-nakal 1

Kawan siapa laa nie? Tak nak ngaku lak!

    Anda tersenyum @ tersengih? Saya tidak pasti, kerana jawapannya ada pada diri kalian. Sekiranya ya, berterima kasihlah. Bukan kepada saya, tetapi kepada Allah s.w.t. .Sesungguhnya, segala-galanya datang daripadaNya, dan kepada Dialah jua sebaik-baik tempat untuk kita kembali melafazkan pujian dan kesyukuran. Senyuman, satu ‘anugerah’ yang sungguh berharga kepada kita semua.
  

terkejut

Ehh… ter’accident’ lak!

Sebelum saya ter’accident’ semakin jauh bercerita perihal berkenaan senyuman,ayuhlah kita kembali dengan tajuk utama perkongsian ilmiah  kita pada kali ini, iaitu :

al-quran

~ Al-Quran : Kompas Kehidupan Menuju Akhirat~

Anda tertarik dan berminat? Teruskan pembacaan anda sehingga titik noktah yang terakhir.InsyaAllah,akan ada satu hadiah menanti anda di akhir bicara ini…

Al-Quran : Sumber utama dalam kehidupan

sailingsunbreak
Kehidupan umpama satu pelayaran

   Seumpama sebuah pelayaran di lautan biru yang luas terbentang, kita AMAT memerlukan satu ‘PANDUAN’ agar kita tidak sesat dalam menuju DESTINASI yang ingin kita tuju.Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, teknologi satelit (GPRS) telah menjadi ‘PANDUAN’ terbaik bagi menentukan kordinat dan menuju ke destinasi yang diingini, yakni matlamat kita dalam pelayaran tersebut.Tanpa ‘PANDUAN’ tersebut, nescaya kita akan terus hanyut terkapai-kapai dibawa kerakusan arus gelora dalam menempuh pelayaran tersebut.

  Begitulah analogi kehidupan, seorang hambaNya dalam  merentasi alam kehidupan di dunia yang sementara ini.  Hakikatnya, setiap insan mahu tiba ke DESTINASI pengakhiran yang terbaik dalam hidupnya, yakni dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi. Ya, itulah matlamat orang yang beriman  dengan sebenar-benar iman. Saya menyatakan 'orang yang beriman' di sini adalah kerana hanya orang yang  beriman kepada hari akhirat  sahaja  meyakini kewujudan hari perhitungan tersebut.Jika seseorang itu tidak beriman kepada hari akhirat, maka tiada relevannya untuk seseorang itu meletakkan di syurga  sebagai DESTINASI matlamat pengakhirannya.

matlamat2

Matlamat ; anda tentukanlah sendiri.

  Apabila matlamat sudah jelas iaitu DESTINASInya di syurga kelak kini, kita semestinya memerlukan satu ‘PANDUAN TERBAIK’ bagi menjayakan misi kita dalam mengharungi kehidupan ini. Apabila kita mencari PANDUAN yang ‘TERBAIK’, tidak lain tidak bukan Al-Quran dan As-Sunnah sahajalah jawapannya. Hal ini telahpun dijelaskan dalam  sebuah hadis yang juga merupakan kalam terakhir yang diungkapkan sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

   Berikut merupakan antara petikan dari khutbah tersebut :-

“Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah AL-QURAN dan SUNNAHku.”

Ya, sahabat-sahabat. Tidak akan sesat selama-lamanya.

Selama-lamanya…

Ayuh sahabatku yang budiman,marilah kita sama-sama membacanya,hayati, dan renungkanlah buat muhasabah diri ini…

 Realiti Kehidupan : Pencipta Tahu Apa Yang Terbaik

  Di sini izinkan saya membuat satu lagi analogi bagi memudahkan sahabat sekalian memahami apa yang ingin saya kongsikan bersama kalian. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.

   ML (Mail Lambung) ,merupakan pereka designer bagi model motosikal terbaru Syarikat MotoCabuk Sdn.Bhd..Memandangkan ML sahajalah yang lebih arif mengetahui segala perincian mengenai segalanya berkenaan motosikal tersebut, maka sekiranya ada kerosakan/masalah yang melibatkan motosikal tersebut, rujukan terbaiknya adalah terus merujuk kepada beliau.Bukannya kepada Asip,Ah Cong, mahupun Arumugam.Bukankah itu solusinya yang terbaik?

motocabuk12

Motosikal terbaru keluaran MotoCabuk Sdn. Bhd.

     Baiklah, kini saya mengajak sahabat sekalian untuk menarik nafas sedalam-dalamnya.Kemudian, dengan tenang aktifkanlah jiwa dan bukalah mata hati kalian. Perhatikan segenap kehidupan kita, dan tanyalah diri anda, siapakah yang menciptakan kehidupan kita ini? Tidak lain tidak bukan, jawapannya hanya satu yakni Allah s.w.t. yang Maha Pencipta segala-galanya. Hakikatnya, Dia lebih Maha Mengetahui mengenai segalanya mengenai kehidupan ini.Hanya Maha Pencipta sahaja lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaanNya.

MUHAMMAD IMRAN IS FINE

Al-Quran; sumber terbaik

   Sedarlah wahai insan, segala kepincangan  dan masalah yang wujud dalam kehidupan ini ada penawar yang terbaik dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Al-Quran. Al-Quran itu sendiri merupakan BicaraNya,masakan kita tidak meyakini KalamNya ini? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui, Maha Kuat, Maha Penyayang, Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu?

  Solusinya sudah nyata terang lagi bersuluh.Jadi,renung-renungkanlah di mana kita meletakkan Al-Quran dalam kehidupan kita…   

Aplikasi Menarik : Software Al-Quran Digital


   Seperti mana yang telah tertera dalam tajuk perkongsian ilmiah pada kali ini, izinkan saya berkongsi sedikit mengenai perisian menarik ini pula. Al-quran digital ; barangkali mungkin sahabat sekalian pernah mendengar atau sudahpun memilikinya sendiri. Dipendekkan cerita, saya akan terus berbicara mengenainya.Semoga kalian tertarik juga untuk memilikinya…

AlQuran digital1

Ringkasan pandangan saya berkenaan aplikasi ini :-

1. Dilengkapi dengan 30 juzuk beserta terjemahannya sekali.

2. Pembahagian topik telah dibuat seperti berkenaan dengan iman, sirah, adab, hukum, dan sebagainya.

3. Ada ruangan search untuk mencari perkataan yang terkandung dalam Al-Quran.

4. Yang paling best, sebab ianya free!

Alquran3

Dibahagi mengikut bab

Alquran2

Contohnya : adab membaca Al-Quran

MWSnap063


Hasil pencarian perkataan ‘beriman’

Menarik bukan? Terasa ingin dan teruja untuk memilikinya sendiri? Ya, dapat saya lihat sinar-sinar cahaya pengharapan terbit dari mata kalian...

MUHAMMAD IMRAN FEELS HOPE

Wajah yang penuh sinar harapan!
  
   Jangan risau, saya tidak akan menghampakan harapan kalian.Memang itulah hadiah yang ingin saya berikan kepada sahabat sekalian seperti mana yang telah saya nukilkan pada awal bicara tadi.Semoga kalian gembira dengan pemberian yang tidak seberapa ini. Sekiranya ada apa-apa permasalahan, bolehlah catatkan di ruangan komen,insyaAllah saya akan membantu dengan secebis ilmu yang ada dalam diri ini.

Klik di sini untuk download :  http://www.ziddu.com/download/4919682/AlQuranDigital.zip.html

Penutup : Jadikanlah ia Peneman Hidup Kita.


23322-al-quran


  Al-Quran ; kompas kehidupan menuju akhirat

   Sebelum mengakhiri coretan pada kali ini, saya mengajak sahabatku sekalian agar marilah kita sama-sama mendampingi Al-Quran dengan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan kita. Apa kata kalian, sekurang-kurangnya 1 muka tiap kali kita habis solat. Sahabat saya pernah mengatakan kepada saya, biarlah sedikit bacaan,asalkan istiqamah. Jika difikirkan, bernas  juga apa yang diujarkannya. Adakah bacaan secara ‘maraton’ menghabiskan 30 juzuk dalam masa sebulan (biasa masa ramadhan) terjamin lebih baik dari membaca Al-Quran dengan hanya 10 muka surat tiap-tiap hari tetapi  penuh tertib,bertajwid dan penghayatannya? Pentingkan kualiti @ kuantiti? Anda tentukanlah sendiri.

Akhir kalam,satu pesanan terakhir dari saya,

smile12

Warnailah kehidupanmu dengan senyuman
  
   Rasanya cukuplah sampai di sini.Semoga sahabat sekalian mendapat sesuatu hasil nukilan saya pada kali ini.Semoga berjumpa dalam pertemuan akan datang jika diizinkanNya, insyaAllah.Renung-renungkan, dan selamat beramal.

   Assalamualaikum

1





p/s : Untuk kebaikan jangka panjang,adalah lebih baik jika anda memiliki Al-Quran tafsir. Dapatkannya di pasaran berhampiran anda. Tidak seperti surat khabar mahupun buku komik,belinya sekali, tidak akan ‘expired’ sampai kiamat. Berbaloi bukan?

2 ulasan:

Manan Qayyim berkata...

dah lama tak guna software ni...

My recent post : Tidak lagi Keseorangan - Bila Diri Di Sayangi

Tanpa Nama berkata...

Assalam,

Al-Quran kini telah telah ada dalam versi digital. Mohon jelaskan apakah pengisian yang ada di dalam versi digital selain peningkatan kualiti pembacaan?