Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Sabtu, Ogos 27, 2011

Entri Special : Salam AidilFitri Buat anda, Ya andalah !!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat-Tinggal-Ramadhan 1
Salam Tinggal Ramadhan…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

    Alhamdulillah, kini sudah hampir pada penghujung bulan Ramadhan 1432 H. Jika diizinkan olehNya, insyaAllah bertemulah ‘jodoh’ kita sekali lagi bersama-sama dalam menempuh bulan Ramadhan yang barakah ini.

     Justeru itu, marilah kita memanjatkan doa agar segala amalan kita semasa bulan Ramadhan pada kali ini benar-benar membuatkan hasilnya. Semoga apa sahaja amalan yang kita lakukan di bulan barakah ini sama ada membaca Al-Quran, berpuasa, solat tarawih, bertahajud, menyiapkan juadah berbuka, mahupun menolong  memasang lampu pelita raya sekalipun, Allah terimanya sebagai ia sebagai amal ibadah kita buat bekalan di akhirat sana..

Katakanlah amin wahai sahabatku…

Amin. Ya rabbal alamin…

    Pada kesempatan yang sedikit ini, sempena bulan Syawal yang bakal menjelma…

281
Saya, Muhammad Imran Bin Khairman

selaku penulis dalam laman Kembara Mencari Sinar Ilahi ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada mana-mana entri yang saya siarkan di sini tidak sesuai, tidak menarik, dan kurang memuaskan hati semua pihak. Hakikatnya, saya juga seorang hambaNya yang tidak memiliki apa lagi tidak sempurna.

     Sesungguhnya, apa sahaja yang disampaikan dalam blog ini berdasarkan ilmu saya yang terbatas, serta bertunjangkan seni yang masih ‘hijau’ dalam bidang penulisan.

Kata-kata yang sungguh bermakna dan menyentuh hati :-

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu.. bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu.. bukan juga yg paling soleh dalam   kalangan kamu.. kerana aku   juga pernah melampaui batas utk diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikitlah orang memberi peringatan.."
-Imam Hasan Al-Basri-

     Semoga kita sama-sama menasihati antara satu sama lain dalam melengkapi setiap kekurangan yang ada dalam diri kita.. Jika ada silap saya di mana-mana, saya amat menerimanya dengan hati yang terbuka.
  
     Sebelum menutup bicara kata, sama-samalah kita buktikan apa sahaja amalan, yakni benih keimanan yang telah disemai  dalam bulan Ramadhan ini dapat terus bercambah, dan ia terus mekar menjadi pepohon keimanan yang berkualiti sebagai bekalan untuk kita mengharungi 11 bulan yang akan datang.Ya, sama-sama sahabatku…

Maksud saya, saya dan anda juga..

Akhir kata dari saya…

Kad Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

* Bonus : pantun raya versi Jawe =D

bagus

Join event puasa 6 di bulan Syawal di SINI

1






1F3F696D858C4EC9261891514F688F2A
* sile rujuk org jawe yg pandai cakap jawe utk pronounciation yg betol k...

Nyimpan jenang nang jero tin          (simpan dodol di dalam tin)
Ngesok arek digowo mareng suro    (esok nak dibawa ke surau)
Keluputan kulo lahir batin                (minta maaf zahir batin)
Salah silap njlok dingapuro              (salah silap minta diampunkan)
 
Open-mouthed smileSALAM LEBARAN BUAT SEMUA SAHABAT SEKALIAN Open-mouthed smile

Tiada ulasan: