Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Isnin, Oktober 24, 2011

Ekspo Buku Islam : Berenang Di Lautan Buku


Assalamualaikum w.b.t.

~ Senangnya rasa hati ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


     Alhamdulillah, bersyukur yang tak terhingga rasanya kehadrat Ilahi kerana sebenarnya hampir sebulan lebih saya tidak dapat menulis perkongsian (entri) dalam laman ini. Semuanya, gara-gara masalah 'hardware' yang terbakar semasa menggunakan laptop Aspire 4551 ini. Alhamdulillah, akhirnya semua telah pulih seperti sedia kala..

     Pada perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian berkenaan dengan satu 'event' yang sangat menarik untuk disertai bersama. Saya tidak mahu mengulas panjang, kalian boleh mengamati apa yang saya maksudkan melalui sebuah poster di bawah ini.









PETA TAPAK EKSPO
Lokasi : Tingkat 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur

Senarai penerbit yang mengambil bahagian:
Telaga Biru Sdn. Bhd. ~ Galeri Ilmu Sdn. Bhd. ~ Must Read Sdn. Bhd. ~ Jemari Seni Sdn. Bhd.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ~ MMP Communications Sdn. Bhd.
PETA KE STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR

Sumber: http://www.klsentral.com.my
Sila layari http://www.klsentral.com.my/Conn_Main.aspx untuk maklumat pengangkutan awam untuk ke Stesen Sentral Kuala Lumpur.




    Ayuh, marilah kita bersama-sama membanjiri ekspo buku Islami ini beramai-ramai. Ajaklah bersama kalian rakan-rakan, sahabat handai, ibubapa, adik beradik mahupun kenalan terdekat. InsyaAllah, moga ada manfaatnya buat kita di sana nanti.
p/s : kongsikan berita baik ini bersama sahabat lain di luar sana. klik 'share' ok.
__________________________________________________________________________________



Coretan hamba 26 Zulkaedah 1432H

~ ‘Excited’ pulak rasanya lepas dah lama menanti pesta buku..
~ Tidak rugi wang kita dihabiskan untuk membeli buku2 ilmiah sebegini, kerana ilmu yang terkandung dalam buku itu takkan lapuk ditelan zaman.
~ Selamat berenang- renang dalam lautan buku ^__^

2 ulasan:

teratak hati berkata...

menarik ni..tapi x dpt pegi la,jauh..:)

Muhammad Imran Khairman berkata...

To : Teratak Hati

Biarpun jauh di mata, namun sentiasa dekat dalam hati ^_^

Jika tiada kesempatan untuk ekspo kali ini, insyaAllah jika diizinkan olehNya akan ada penggantinya suatu hari nanti..