Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Khamis, Jun 28, 2012

Renungan : Nilai Iman Kita 20sen?




Lepas baca tajuk entry mesti pembaca ingat bandingkan nilai IMAN dgn NILAI 20 SEN.


Jangan salah sangka...
Jawapannya ada pada kisah di bawah, mari kita baca..
__________________________________________________________________________________ 

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yg berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia utk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas utk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang & duduk di dalam bas, dia tersedar yg pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yg lebih drpd yg sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.


"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kpd dirinya.


"Ah!!! Syarikat bas ni dah kaya setakat 20 sen ni nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng & bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba² seakan² dirinya secara automatik berhenti & berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni. Kan sedikit je nilainya?" pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum & berkata:
"Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yg lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali² berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas & seluruh jasadnya menggigil & kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan:

"Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir² menjual harga sebuah Iman dgn 20 sen!!!"



Sahabat-sahabatku sekalian,
Apa yg anda dapat daripada peristiwa di atas? 
Ingatlah, kita mungkin tidak melihat & tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain...

________________________________________________________________________________


 Kadang-kadang, manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yg baik. 
"Jom perbaiki akhlak kita, kerana dengan akhlak juga kita mampu berdakwah kepada orang lain"


~klik 'share' utk manfaat bersama-sama~

Tiada ulasan: