Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Isnin, Disember 20, 2010

Tatkala Subuh Menjelang…


Assalamualaikum..

MUHAMMAD IMRAN IS DRIVING A CAR

cuti2 malaysia..

huh,pelbagai aktiviti boleh kita luangkan masa cuti nih.. masa cuti seperti inilah kesempatan yang diambil oleh kita untuk ber jalan2 bersama-sama keluarga yang tercinta.. tatkala kita bergembira bercuti, ada juga yang mungkin tidak bernasib sebaik anda tidak dapat berbuat demikian oleh sebeb kekeringan duwet..seperti diriku..haha,pokai sudaa XD.. 

tetapi yang penting gunakan waktu cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah..
dan..antara aktiviti yang berfaedah ialah membaca sebuah karya penulisan di bawah ini..kisah monolog ini saya rasa berkait rapat dengan diri kita tanpa kita sedari..jadi, layanz je story yang tak seberapa ini....
………………………………………………………………

Hmmm…Fenomena yang kebiasaannya berlaku tatkala subuh menjelang ..
Tarikh     : setiap hari..??/??/???? (sebab hari2 wajib dilaksanakan)
Masa      : Masuk waktu solat subuh semasa azan berkumandang..
Tempat   : hostel @ asmara asrama (kebiasaannya)


Kedinginan embun pagi,tubuhku kesejukan dan ia menusuk sanubariku yang masih terlantar di kamar..

MUHAMMAD IMRAN FEELS VERY COLD

sejuk cam kat kutub..!!

angin beralun sepoi-sepoi bahasa menyelimuti tubuhku membuatkan diriku semakin lena dibuai mimpi indah.. secara tidak semena-mena, suara laungan azan juga sayup2 kedengaran di gegendang telingaku…


"...Allahuakbar 2x!,la ilaha illa Allah..."

selesai azan berkumandang,..namun diriku masih diawangan,melayang-layang... diantara 2 dunia;alam mimpi dan nyata..diulit mimpi2 indah,

MUHAMMAD IMRAN IS SLEEPING

kroooiihh 3x

"..aahh..sedapnya tido,nikmat2...!! mimpi pon best tadi,macam2 ade..hurm.."
diriku masih dalam mod 'blur'.. mata nih pon rasa berat untuk dibuka umpama ber kampit2 beras 10 kg menimbun menggunung di kelopak mataku..huh, sekiranya aku bisa melihat makhluk ghaib,pasti diriku sedar bahawasanya diriku sedang di'ambush' squad subuh syaitan2 yang sedang menghasut untuk daku meneruskan tidurku di kamar dibuai mimpi ....

Devil"..alaa..ngorok la 5 minit lagi...kejap je kot..nanti iqamah baru pi surau.."

Devil"ang kabut sangat apasal..??subuhkan masih panjang..rileks sudaaa...30 minit lagi pon bleh solatkan..pagi masih mudaa..."   

itulah diantara bisikan2 hati yang sedang dihasut nafsu dan didorong syaitan... 2 gandingan ideal ini tidak dinafikan sememangnya hebat...sekiranya akal dan kekuatan iman tidak membantu,nescaya gandingan itu boleh menawanku...
aarrrghhh!!!

MUHAMMAD IMRAN HAS INSOMNIA

beratnya mata nih X(

teriak batinku....pergi kau syaitan!!! sambil membina kekuatan diri, lantas aku bangun mengambil wudhu'..sebelum ingin ke surau,aku kejut sahabat2 bilik aku...namun agak susah ..kerana takut terlepas jemaah,aku tangguh niat untuk menggerakkan mereka yang masih ‘syahid’ di katil masing-masing...

selesai solat,ada mission menanti...gerakkan sahabat aku...aku tak rela dia akhirat nanti melihat mereka dibakar api neraka kerana tidak solat subuh...nanti aku gak yang kena...satu bilik kan....aku juga ada tanggungjawab...
...................................................................................

inilah diantara senario manusia tatkala subuh menjelma...ini di pihak yg berjaya menepis hasutan syaitan...rasanya, mungkinkah lebih banyak yang memilih untuk terus melayari mimpi masing2,kot...
tetapi,bagaimana pula dengan anda ?

Pada pandangan saya ( tak tahulah betul ke tidak, pandangan masing2 ) , sekiranya ingin melihat orang itu menjaga solat atau tidak, lihat pada subuhnya...kerana menurut pemerhatian saya keatas suasana sekeliling, solat subuh laa yang paling senang untuk ditinggalkan, benar @ tidak, tepuk dada tanya iman...ish3..berdoalah semoga kita dijauhkan dari perkara tersebut dan bersama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan..
sebagai tatapan mata,sila klik pada >>>> video ini..

MUHAMMAD IMRAN IS IN A BAD MOOD

susah kot bangun subuh..!!

memang tidak dinafikan bangun ketika waktu awal2 pagi  sememangnya sukar,..namun di sebalik kesukaran itu sebenarnya tersembunyi pelbagai rahsia yang sepatutnya kita rebut dan ambil..perkara itu akan saya kongsikan di lain entry.. ok,yang penting renungkan dan selamat bermuhasabah diri termasuklah diri saya sendiri..teruskan usaha kita untuk menjadi lebih baik daripada semalam, dan bertambah baik untuk hari-hari yang mendatang.. usaha tangga kejayaan..

wassalam =D

Tiada ulasan: