Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Isnin, Julai 25, 2011

Memadaikah sekadar melafazkan syukur, Alhamdulillah?


Assalamualaikum

MUHAMMAD IMRAN IS SATISFIED

Bruupp…Alhamdulillah Smile

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

“Alhamdulillah”

Ya itu dia, perkataan yang lazim kita dengarkan tatkala kita rasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan yang Allah telah berikan kepada kita. Rezeki yang diberikan kadang kala seperti mencurah-curah tanpa kita pinta pun daripadaNya. Maha Suci Allah, Dialah Sebaik-baik Pemberi Rezeki. Akan tetapi, adakah hanya melafazkan kalimah itu sudah cukup memadai buat kita sebagai hambaNya di muka bumi ini? Jadi,marilah kita bersama-sama menyingkap persoalan tersebut. Semoga kita memperoleh sesuatu di sini.


Berapa banyak nikmatNya kepada kita?

Dalam Al-Quran, yakni salah satu panduan hidup yang Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya kita berpegang kepadanya, nescaya kita tidak akan sesat selamanya, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :-

“ Dan jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya, Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. ( An.Nahl : 18)

bersyukur

Jika kita meneliti kehidupan ini, nikmatNya sebenarnya terlalu banyak sehingga tidak terhitung oleh kita. Nikmat Islam, iman, kesihatan, makanan, kelapangan masa, ketenangan jiwa, perasaan kasih sayang, kebahagiaan hidup, persahabatan, ikatan kekeluargaan yang akrab, dan sebagainya. Tulislah apa lagi yang anda rasa itu nikmat daripadaNya. Tulislah satu persatu sehingga anda yakin tiada lagi yang tertinggal. Anda mampukah? Saya yakin  bahawa kita tidak akan mampu.

FirmanNya lagi yang bermaksud :-

“ Sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambah (nikmat) bagi kamu…” ( Surah Ibrahim : 7)

Lihatlah sahabatku, lihatlah dengan mata hatimu. Sampai begitu baiknya Allah kepada kita. Allah amat sayang dan kasih kepada kita. Semakin bersyukur semakin bertambah nikmat daripadaNya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Tidakkah kita rasa begitu?

Mampukah kita membayar kasihNya?

MUHAMMAD IMRAN IS WORRIED

Mampukah kita?

Persoalan yang menarik untuk kita jawab di sini, mampukah kita? Kita mahu membayar dengan apa itu lagi satu persoalan. Menarik bukan untuk dibicarakan bersama-sama ? Jadi di sini izinkan saya berkongsi satu kisah yang saya peroleh dari sebuah buku berkaitan dengan persoalan ini. Kisah mengenai seorang hamba Allah yang ingin membayar nikmat-nikmat Allah.

Dikisahkan seorang abid itu telah beribadah selama 80 tahun. Kehidupannya penuh dengan ibadah kepada Allah. Sampai tiba masanya, ditakdirkan akhirnya dia meninggal dunia, dan kembalilah dia kepadaNya.
Apabila dia berdiri di hadapan Allah, Allah menyatakan kepadanya :-

“ Masuklah ke dalam syurgaKu dengan rahmatKu”. Tetapi lelaki ini enggan. Lelaki itu berkata, “ Ya Alllah, masukkahlah aku ke dalam syurgaMu dengan amalanku.”

Allah berfirman lagi :-

“ Masuklah ke dalam syurgaKu dengan rahmatKu”. Tetapi lelaki ini meminta lagi. Lelaki itu berkata, “ Ya Allah, masukkahlah aku ke dalam syurgaMu dengan amalanku.”

Maka Allah menghitung amalan lelaki itu. Ternyata, apabila dihitung seluruh amal ibadahnya selama 80 tahun itu, dia hanya mampu membayar nikmat Allah iaitu sebelah mata sahaja. Tidak termasuk rambut, mata, hidung, kaki, tangan, dan anggota badannya yang lain. Itu belum dikira nikmat kesihatan, oksigen yang dihirup setiap hari, nikmat kebahagiaan hidup, ketenangan hati dan sebagainya.

Bayangkan, ibadah selama itupun masih belum terbayar segala nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Itu yang 80 tahun penuh beribadah kepada Allah, bagaimana pula agaknya ibadah kita kita ya? Satu persoalan yang diri kita sendiri lebih mengerti keadaan realiti ibadah seharian kita. Sekiranya hati kita tersentuh walaupun sedikit apabila membaca kisah ini, bermakna hati kita masih hidup. Maka bersyukurlah 

Apa yang harus diri ini lakukan?

MUHAMMAD IMRAN FEELS VERY SAD

Anda buntu?

Allah tidak pernah menyatakan kepada kita untuk membayar segala nikmat yang pernah dikurniakan kepada kita.Seharusnya, kita perlu menyedari hakikat sebenar apa yang sebenarnya dikehendaki olehNya sebagai hambaNya di muka bumi ini.  Firman Allah yang bermaksud :-

“ Dan tidaklah kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah (kepada Kami).” (Az-Zariyat : 56)

Hanya untuk beribadah kepadaNya. Itulah yang sebaiknya. Laksanakan urusan kita denganNya, nescaya Allah akan menyenangkan urusan kita di muka bumi ini.Jangan biarkan diri kita  sekali-kali mengkhianati segala nikmat yang dikurniakan kepada kita dengan melakukan kemungkaran di muka bumi ini. Justeru, marilah bersama-sama semaikanlah diri kita ini dengan benih-benih keimanan agar segala ibadah yang dilakukan bukan sahaja untuk memenuhi kehendakNya, lebih dari itu untuk mencapai keredhaanNya di dunia dan akhirat.InsyaAllah, kita mampu lakukannya sekiranya kita mahu. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Penutup : Sedarlah wahai diri ini

renung

~ Muhasabahlah diri ini ~

Hakikatnya, kita hanyalah seorang hamba yang selalu alpa dan leka. Leka dibawa arus duniawi yang tidak berkekalan dan leka mengejar satu kebahagiaan yang hakiki yakni kebahagiaan yang berkekalan di akhirat kelak. Manusia sering melupakan Maha PenciptaNya, tetapi Allah tidak pernah melupakan hambaNya. Begitulah kasih sayang kepada hambaNya. Maka, jangan hanya sekadar melafazkan syukur “Alhamdulillah” di bibir semata-mata, tetapi pada masa yang sama bersama-sama perbaiki amal ibadah kita. Jika anda rasa tiada kekuatan untuk melakukannya seorang, lakukanlah secara berjemaah. Jika tidak mampu lagi, berdoalah kepadaNya.

“ Dan apabila hamba-hambaKu tentang ‘Aku’, maka (jawablah) bahawasanya Aku amatlah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah 2:186)

Semoga kita memperoleh sesuatu di sini, Mudah-mudahan, insyaAllah.

Assalamualaikum.

my signature

Tiada ulasan: