Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Jumaat, Julai 15, 2011

Perkongsian : Saya Sudah Jatuh Hati …



Assalamualaikum w.b.t.

C72B3DA3FF82CC27A4D2626FD1AB9E80

 Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana masih lagi saya dikurniakan kudrat untuk menggerakkan jari-jemari ini  untuk terus berlari pantas di atas papan keyboard ACER ASPIRE 4551 ini. Semoga kita terus dalam payungan dan inayah daripadaNya. InsyaAllah, pada kali ini perkongsian saya berkaitan satu tajuk yang menarik iaitu

Perkongsian : Saya Sudah Jatuh Hati…

A57DB237E5B275E1D42D9D0C5B8F8638

Bukan kes macam kat atas ni!

Jatuh hati = Suka Sangat



   Dipendekkan cerita, maksudnya saya dah mula jatuh hati/suka sangat pada satu aktiviti yang sangat berfaedah yang saya sendiri tidak pernah menyedarinya suatu ketika dahulu. Aktiviti yang bermanfaat untuk diluangkan bersama-sama. Ayuh, mari kita menyelami kebaikan aktiviti ini bersama-sama saya, dan juga anda ^_^

Read-books-that-you-enjoy

Membaca buku amalan mulia

   Saya pun tidak sedar apa kes seakan-akan tiba-tiba saya suka sangat baca buku. Dirasuk hantu sudah tentu tidak! Selalunya, buka je buku terus mengantuk, lagi-lagi kalau buka buku berkaitan dengan sejarah..Haha. Berlainan pula kesnya kalau membuka ‘muka buku’ = facebook. Apa-apa sekalipun, teruskan pembacaan kalian hingga ke titik noktah terakhir. InsyaAllah, ada manfaatnya.

Perkongsian : Koleksi Buku-buku Saya


cover-langit-ilahiTajuk : Langit Ilahi ; ‘Tuhan Tidak Lupakan Kita’

Pandangan saya : Buku ini merupakan buku pertama yang dihasilkan oleh saudara Hilal Asyraf, seorang penulis muda dalam laman sesawangnya yang tidak asing lagi, http://langitilahi.com Kaedah penyampaian menarik lagi senang difahami.Terkandung 60 artikel ringkas buat santapan rohani mengisi jiwa, merefleksi diri.Tidak rugi memilikinya. Ingin tahu lebih lanjut, milikinya sendiri dan rasai kelainannya.
Harga : RM 21.00





kembara_hamba_mencari_cahaya_langit_ilahi_23
Tajuk : Langit Ilahi 2 ; Kembara Hamba Mencari Cahaya

Pandangan saya : Hidup ini adalah satu kembara, kembara mencari sinar cahaya, petunjuk dari Yang Maha Esa. Buku ini banyak membangkitkan perkongsian mengenai kehidupan. Suka saya ambil petikan dalam buku ini.Buku pertama ( Langit Ilahi 1) diibaratkan sebagai ‘piling’ kepada bahan binaan kita,manakala buku ini pula merupakan tiang-tiang yang akan mengukuhkan binaan kita.Terkandung 60 kupasan artikel yang menarik di dalamnya.
Harga : RM 23.00



97
Tajuk : Langit Ilahi 3 ; Fanzuru, Maka Lihatlah.

Pandangan saya : Secara keseluruhannya, buku ini mengajak kita sebagai pembaca agar melihat kehidupan itu dari skop yang lebih luas. Pengajaran itu hakikatnya wujud di mana-mana.Kebaikan juga ada di mana-mana.Terpulang kepada kita sahaja untuk meneliti setiap hikmah yang tersirat dari setiap kejadianNya. Oleh itu, aktifkanlah jiwa, dan pandanglah sesuatu itu melangkaui dimensi yang lebih mendalam, iaitu dengan pandangan mata hati.
Harga : RM 24.00



bukan susah nak faham
Tajuk : Bukan Susah Nak Faham

Pandangan saya : Buku ini pertama kali saya melihatnya dalam internet.Tajuk bukunya sahaja sudah menarik dan berjaya mencuri hati saya untuk memilikinya. Bukan susah nak faham, tapi betul ke? Akhirnya, saya mengambil keputusan membelinya sendiri secara atas talian di sini. Sebuah buku yang santai lagi seronok untuk dibaca. Review penuh mengenai buku ini ada di sini. Rasai perbezaannya! Kalau tak faham juga baca buku ni saya tak tahulah nak cakap apa lagi..hakikatnya, ia memang mudah difahami, dan dihayati.
Harga : RM 19.00


bilaAllahmendugakita
Tajuk : Bila Allah Menduga Kita

Pandangan saya : Buku ini merupakan buku pertama saya miliki.Membicarakan persoalan mengenai kehidupan, dugaan hidup, takdir, dan mengenai qada’ dan qadar. Sebuah buku yang saya kira membuka minda kita tentang pemahaman kita terhadap takdir, yang juga merupakan rukun iman kita yang ke-6, beriman kepada qada’ dan qadar. Penerangan yang menarik, ringan dan kemas gaya bahasanya. Edaran MustRead Sdn.Bhd. Ayuh milikinya, saya jamin anda tidak akan rugi.
Harga : RM 19.90



4df9ffa07b1f1_batu_bata_kehidupan
Tajuk : Batu-bata Kehidupan

Pandangan saya : Buku yang saya kategorikan buku yang paling best untuk dibaca dan dimiliki. Terkandung di dalamnya 57 artikel yang merangkumi 3 mauduk utama iaitu Allah, Cinta, dan Kehidupan Mukmin. Tiga mauduk ini merupakan bahan binaan yang penting dalam struktur ‘bangunan kehidupan’ setiap insan. Buku yang saya sarankan semua orang memilikinya. Tiada lagi buku seumpama ini saya temui di pasaran.Ayuh merasai ‘gegaran’nya, apa kata anda alaminya sendiri!! Fuh, ayat... =)
Harga : RM25.00




Senyumlah
Tajuk : Senyumlah

Pandangan saya : Buku yang mengisahkan cara terbaik bagi menjadikan kita tersenyum selalu, mencorakkan hari kita seindah sinaran mentari di pagi hari walaupun  kehidupan kita dilanda bencana seganas lautan tsunami.Pendek kata, buku ini mengajak pembaca sering tersenyum dan gembira.Ia mengajak pembaca memahami sendiri permasalahan hidup dan cara mengatasinya dengan baik. Penerangan yang mudah difahami dengan gaya bahasa yang sederhana.
Harga : RM21.00



4ce48afc22056_aura_iman
Tajuk : Aura Iman

Pendangan saya : Sebuah buku yang membicarakan mengenai perihal keimanan kita kepadaNya.Sebenarnya, saya belum habis membedah buku ini sebaiknya.Mungkin bagi saya gaya bahasanya agak tinggi menyukarkankan saya mendapatkan input yang tersirat dalam setiap ayatnya.InsyaAllah, pada bulan Ramadhan kali ini saya akan menggunakan kesempatan masa yang ada untuk mengekstrak segala isi tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis ini.
Harga : RM22.00



sinergi
Tajuk : Sinergi ; ‘Keimanan Adalah Paksi’

Pandangan saya : Sebuah novel yang saya yakin ramai pembaca di luar sependapat dengan saya, ianya sebuah karya yang benar-benar berkualiti dan terbaik. Mengisahkan tentang sebuah talian ukhuwah persahabatan yang berpaksikan atas dasar keimanan kepadaNya sememangnya utuh walaupun diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Sungguh indah ikatan persahabatan seperti ini. Saya telah menghabiskan pembacaan selama18 jam untuk menelaah habis karya ini. Andai kata dibuat filem berdasarkan cerita ini pasti menarik.
Harga : RM 23.00



takdir
Tajuk : Takdir ; ‘Cahaya Yang Tidak Terpadam’

Pandangan saya : Sebuah novel epik Islami yang banyak mengisahkan kebergantungan hakikat seorang hambaNya kepada Maha Pencipta. Penulisnya , saudara Hilal Asyraf mengdapat ilham menulis cerita ini apabila beliau apabila penulis menonton trilogi Lord of The Ring yang merupakan adaptasi daripada Novel The Lord of The Ring karangan J.R.R. Tolkien. Ia memberikan inspirasi, kekuatan, kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT, dalam meneruskan perjuangan mereka menentang kebatilan di atas muka bumi ini. Review penuh di sini.
Harga : RM 21.00



      Sebenarnya, banyak lagi buku-buku yang menarik di pasaran, hanya keadaan yang tidak mengizinkan seperti kekangan masa dan kewangan membataskan diri ini untuk memilikinya.

80CD4F75B9A94D3724730E7A1C55E05E
     
     Sekarang apa pula kata anda? Anda ada buku yang menarik? Ingin berkongsi dengan saya? Kongsikan apa sahaja buku yang menarik di ruangan komen di bawah.Saya amat menghargainya, terima kasih!

Penutup : Jom Baca Buku.

        Rasanya, tidak salah untuk kita jatuh hati pada aktiviti berfaedah sebegini bukan?  Dalam pepatah ada menyatakan, membaca itu jambatan ilmu.Sesungguhnya,dari pembacaan itu dapatlah ilmu,dari ilmu itu lahirlah kefahaman,dan dari kefahaman tersebut, jadilah ia satu pegangan,yakni pegangan akidah yang mantap.Hakikatnya,ilmu tidak datang bergolek, melainkan kita sendiri bertindak untuk  mendapatkannya.

baca-buku-1

Kata-kata untuk direnungi
    
      Akhir bicara kata, ayuh kita sama-sama selami dan mendalami ilmu agar ia dapat membina cinta kita kepadaNya. Pelbagai cara untuk mendalami ilmu dan membaca buku adalah salah satu daripadanya. Semoga bacaan kita pada kali ini,Allah terimanya sebagai amal soleh buat bekalan di akhirat kelak.. Amin..

Wallahualam

my signature

p/s : i)  sesiapa nak pinjam buku pun boleh, asalkan reti nak pulang balik ya =D
        ii) ada buku menarik, kongsikan di ruangan komen..

8 ulasan:

Harith Faisal berkata...

tertarik dgn novel FANZURU tu.. mesti bace nih.. hihi.~

MUJTAHIDAH SOLEHAH berkata...

kalau buku,saya minat buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal,mungkin akh boleh lawat link ini, saifulislam.com

selain itu,novel-novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin, http://sebarkanbahagia.blogspot.com

atau novel-novel Hilal Asyraf yang lain spt VT, Terasing, Hero, Matahari, Remaja Mulia, Remaja Harapan, Relasi.

Buku-buku tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi juga sgt best! Cthnya Nota Fikir Utk Zikir, Nota Hati Seorang Lelaki, Beduk Diketuk dll.

atau tulisan ustaz Amaluddin Mohd Napiah spt Bawa Hatimu Kpd Tuhan, Lembutkanlah Hatimu, Tuhan Itu Dekat etc.

Wallahua'lam. Jaza' ALLAH wa asifah.

Muhammad Imran Khairman berkata...

Terima kasih atas pandangan kalian..
Semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik buat kalian..

syukran ya ^.^

Srikandi Al-Azwar berkata...

Assalamualaikum..Kalau nak cadangkan buku banyak nak disenaraikan. Tapi, antara buku yg sy kira menarik dan santai tulisannya adalah dari karya Ust Hasrizal (saifulislam.com): 1)Rindu Bau Pohon Tin 2)Aku Terima Nikahnya (ketiga-tiga siri) 3)Secangkir Teh Pengubat Letih..
Selain itu, Ust Pahrol Juoi pun best. Bukunya "Di Mana Dia Di Hatiku" saya kira agak menarik. Moga hobi baru saudara ni dapat menambah terangnya suluhan hidayah Allah..Teruskan perjuangan merebut redho Ilahi!

pincess Atyaf berkata...

Assalamualaikum...
hampir keseluruhan buku koleksi saudara merupakan buku2 yang amat saya inginkan & juga amat saya minati...
sempat saya membelek-belek kandungannya di kedai buku beberapa bulan/minggu lepas...sangat menarik..!namun masalah kewangan menghalang ianya menjadi mikik saya..
namun, saya bernekad untuk membelinya nanti..
antara buku2 yang saya maksudkan ialah,
Bukan Susah Nak Faham,Bila Allah Menduga Kita,Batu-bata Kehidupan,Senyumlah,Sinergi ; ‘Keimanan Adalah Paksi’....

RuMaH TuA berkata...

Cuba cari Atas Namamu Aku Merintih. Buku yang simple, nipis... tapi sarat dengan makna.... (^-^)

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi berkata...

Assalamualaikum akhi, jazaka-Allahukhairan kerana sudi memiliki naskhah BUKAN SUSAH NAK FAHAM. Semoga ia bermanfaat kepada ummah, amin.

Zahiruddin Zabidi
kalamkhalifah.com

Suhana Hashim berkata...

samelaa kite punye laptop^^