Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Jumaat, Jun 10, 2011

Hikmah Kembara : Lihatlah Dengan Mata Hatimu.

BISMILLAH_thumb
Assalamualaikum

    Sebelum saya memulakan bicara pada kali ini, suka untuk saya berpesan kepada sahabat-sahabat agar perbanyakkan ibadah senyuman dalam kehidupan kita.Percayalah, senyuman itu akan membawa sinar kebahagiaan jauh dari dalam sudut kehidupan kita. Justeru, marilah kita mendoakan agar kehidupan kita juga seindah senyuman yang diukirkan dari wajah kita ini.

Katakanlah amin, wahai sahabatku…

happy-512-x-384
Senyuman itu Indah

   Alhamdulillah,bersyukurlah kita kepada Ilahi atas keluasan limpahan kasih sayangnya yang tidak berpehujung ini,masih lagi kita diberi nikmat terbesar dalam kehidupan ini iaitu nikmat Islam dan nikmat iman. Nikmat di dunia ini sahaja, jika niat kita tergerak untuk membilangnya, saya yakin anda tidak mampu untuk mengiranya.

Firman Allah s.w.t. :-

“ Dan jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya, Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. ( An.Nahl  : 18)
   
Sungguh, tidak terkira banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hakikatnya,jika kita melihat kurniaan nikmat Allah kepada kita sejak kita dilahirkan, sehinggalah ke saat anda sedang membaca nukilan saya ini, masyaAllah! Apa yang Allah beri pada kita sebenarnya sehingga ke hari ini lebih dari yang kita harapan .Rezeki kadang kala datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Cuba kita perhatikan, renungkan, dan muhasabah diri kita.Begitu luasnya kasih sayang Allah kepada kita.Tidakkah kita merasakannya?

 Pengajaran : Hakikatnya Wujud Di Mana-mana.

 green 

Indah Bukan?

   Pada perkongsian yang santai pada kali ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian agar kita bersama-sama mengembara dan melihat setiap kejadianNya dari dimensi yang lebih mendalam.Maksudnya di sini ialah kita melihat setiap kejadian yang Allah ciptakan ini bukan sekadar pandangan zahir semata-mata, malah lihatlah hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik keajaiban alam ini diciptakan.  Dalam setiap kejadianNya pasti ada tanda-tanda kebesaranNya jika kita benar-benar hayati,renungi, dan lihatlah sesuatu dengan mata hati.
  
 Apa kita kita perdengarkan lagu ini dahulu.Khas saya buatkannya untuk sahabatku sekalian.

MUHAMMAD IMRAN IS LISTENING MUSIC

Maka dengarkanlah :-
 
 
Lagu Tema Kembara Mencari Sinar Ilahi
 
Baiklah,tiba masanya pula kita sama-sama lihat bicaraNya berkenaan hal ini.

Firman Allah s.w.t ;-

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

(al-Hajj 22:46)
Firmannya lagi :-

“ Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.”
(Al-Nahl 16:13)
poster 2
  
 Percayalah,pengajaran itu hakikatnya wujud di mana-mana dalam kehidupan kita.Kini, terpulanglah pada kita sendiri sama ada mahu mengambil pengajarannya ataupun sebaliknya.Justeru, marilah kita sama-sama aktifkan jiwa kita,dengan melihat sesuatu itu bukan sahaja dengan pandangan zahir sahaja, malahan menembusi dimensi yang lebih melangkaui pandangan pancaindera kita,iaitu pandangan dari mata hati kita. 
 
Penutup : Ayuh Mulakan Langkah Kita

    Anda masih berkira-kira untuk berusaha bergerak mengambil hikmah dan pengajarannya? Saya nasihatkan jangan kita bertangguh lagi.Lebih baik kita mula sekarang, sebelum kita terlambat di kemudian hari.Sedarlah, sesungguhnya ajal tidak pernah menunggu kita sama ada kita sudah bersedia mahupun tidak.Ya, kitalah.maksud saya, saya dan anda….

 
MUHAMMAD IMRAN CAME OUT TO RUNNING

Mari mulakan langkah kita!

Firman Allah s.w.t. :-

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka) ? Dan jangan pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak antaranya orang-orang yang fasik”.

(Al-Hadid 57:16)

  Itulah peringatan daripadaNya kepada kita.Jadi,ambilah hikmah dan pengajaran atas tiap-tiap satu kejadiannya di muka bumi ini. Pandanganlah ia dengan mata hati kita, insyallah kita akan menemukan sesuatu tentang kebesaranNya yang menjadikan kita lebih sedar akan keesaanNya sebagai Maha Pencipta.

   Semoga nukilan saya ini ,pembacaan sahabat-sahabat pada sebelum ini,kali ini, dan hari-hari yang kemudiannya, serta lagu yang kita sama-sama hayati tadi, Allah kiranya sebagai salah satu amal soleh kita.Mudah mudahan…

Ingatlah,lihatlah sesuatu dengan mata hati….

Assalamualaikum
1

5 ulasan:

RuMaH TuA berkata...

Pada saat Nabi Allah Musa dikejar Firaun, pengikutnya gusar &
berkata kepada Baginda Musa,

"Wahai Musa, habislah kita pada hari ini, Tentera firaun da hampir dengan kita."

Dijawab Musa,
"Jangan takut, sesungguhnya Allah bersama aku"

------------------------------

Disaat Rasulullah menerima ancaman bangsanya sendiri bersama Abu Bakar, Abu Bakar tersangat gusar akan keselamatan Rasulullah.
Melihat keadaan itu, Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu bersama kita"

------------------------------

Mengapa Baginda Musa berkata Allah bersama aku?
Mengapa Baginda Muhammad berkata Allah bersama kita?

------------------------------

Kerana,

Bantuan Allah akan tiba kepada orang yang berdakwah. Pada zaman sebelum Rasulullah, orang yang boleh buat dakwah adalah para nabi sahaja. tetapi pada zaman Muhammad s.a.w, tugas dakwah adalah tugas semua, bukan tugas nabi sahaja. Kerana itu Rasulullah menyebut Maa'na, bersama kami.

-----------------------

Mulakan langkah dengan berbesar hati untuk buat kerja nabi tapi tidak perlu menjadi nabi. Usaha sebagaimana usaha Abu Bakar. Seorang manusia biasa tetapi imannya iman para nabi.

Insyaallah.
Syukran untuk perkongsian di atas.
Minta maaf. TERpanjang pulak coz seronok baca n3 bermakna ini. Mengembara hikmah dengan menyebarkan agama Allah.

"Salam Juang"

Muhammad Imran Khairman berkata...

Terima kasih..semoga apa yang kita baca, dan nukilkan akan Allah terimanya sebagai amal ibadah kita. Juga,semoga kita semua mendapat hidup dalam keredhaanNya :)

Pustaka NurIman berkata...

ya nikmat Allah terlalu byk...walau xberdoa minta tiap2 hari kita tetap dpt nikmat2 tu...Allah Maha Pemurah

SuaraQalbii berkata...

syukran atas perkongsian dan peringatannye..... banyaknya nikmat yang Allah titipkan pada hamba2NYA... moga kita tergolong dalam kalangan org2 yg bersyukur... insyaAllah.....

Syafiqah binti Abdul Razak berkata...

senyuman itu satu sedekah .=)