Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Ahad, November 18, 2012

Isu Palestin : Soalnya bukan 'Mati Pucuk, tetapi 'Mati Akar'


    
KLIK DI SINI > FB :Aman Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

     Catatan kali ini, terasa ingin melakukan satu kelainan.Berlainan dari kelaziman. Mengubah satu pandangan perspektif kepada satu dimensi pandangan yang sedikit berbeza. Bukan untuk mencari kelainan, tetapi agar perbezaan itu mampu menyumbang ke arah kesempurnaan cara kita melihat sesuatu kebenaran. Hakikatnya, kelainan itu perlu agar 'titik buta' mampu ditangani secara bersepadu. Semakin banyak sudut pandangan, semakin luaslah keterbukaan minda kita dalam memandang dan menangani satu-satu isu.Andai kata pandangan ini ada cacat celanya, maaf dipinta. Diri ini juga manusia biasa.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Baru-baru ini, gempar seluruh dunia.
Dingan, panas sehingga hari ini.

Tanggal 1 Muharram 1434H,terlakar satu sejarah.
Bumi Palestin kembali berdarah.
Serangan Israel terus dikecam hebat, di alam maya mahupun di alam nyata.

Pasti, setiap daripada kita ingin bertindak sesuatu.Namun timbul satu persoalan.

Kita perlukan satu 'titik pemula' untuk bertindak.

Soalnya,dari mana harus bermula?
Apakah perkara yang pertama dan lebih utama untuk kita utamakan terlebih dahulu?


Penjajahan Minda : Kejahilan "Silence Killer" Umat Islam


Penjajahan Israel terhadap bumi Palestin

Cakna isu semasa, sememangnya tidak salah.Lebih-lebih lagi melibatkan saudara kita sendiri.


“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”
 
[Hadith Riwayat Bukhari]

Namun, semasa penaklukan 'secara geografi' di bumi Palestin semakin terserlah kini, sesuatu telah berlaku tanpa kita sedari.

Hakikatnya,secara halus penaklukan secara minda umat Islam kini sudah lama dijajah! 

Adakah kita  benar-benar menyedari, kesan penjajahan yang halus ini?

Keratan akhbar Jumaat,bertarikh 2 Muharram 1434H

Di Gaza, anak-anak kecil di sana mati terkorban dalam mempertahankan tanah airnya yang kini lantang dikecam oleh seluruh dunia atas tindakan Yahudi.

Di negara kita tercinta Malaysia, berlaku sebaliknya. Anak-anak kecil, iaitu bayi-bayi yang tidak berdosa mati dibunuh tanpa diminta, mahupun dipaksa sekalipun oleh Yahudi.

Hairan bukan?

Hakikatnya, 'Penjajahan Pemikiran' telah lama berlaku.Akhirnya, terjadilah kejahilan dalam umat Islam sendiri lebih berbahaya dari 'Penjajahan Geografi' seperti di bumi Palestin.

Jiwa kita telah dimatikan!

Persoalan yang timbul, salah siapa?
Di manakah silapnya?
Siapa yang bersalah?

Salah anda, kita, ibu bapa, masyarakat,atau tampuk kepimpinan negara?


Back To Basic : Isunya Bukannya 'Mati Pucuk', Tetapi 'Mati Akar'

Sebagai satu analogi mudah, agar kaedah penyampaian lebih mudah difahami dan dihayati.

Kita sama-sama ibaratkan permasalahan ini seperti sepohon pokok yang tidak berbuah. Umpama sepohon pohonnya tidak berbuah, masakan disalahkan dahan andai akar pohonnya itu  tidak pernah disiram,dibaja dengan sempurna.

Begitu juga dengan keimanan, yang seharusnya menjadi tunjang kekuatan bagi menentang kemungkaran
Begitu banyak ideologi barat sudah lama bertakhta di minda masyarakat Islam hari ini. Hendoisme (budaya yang melampau), kapitalisme,pluralisme, telah meracuni minda-minda umat Islam masa kini.

Umpama akar pohon yang disiram racun toksik yang berbahaya, bukan sahaja ianya tidak berbuah, nescaya pohon itu turut terkorban jiwanya!
Iman yang kontang umpama pohon yang mati kekeringan

Hakikatnya, kelemahan umat Islam kini bukan terletaknya pada kekuatan musuh, tetapi lemahnya umat Islam itu sendiri dala memahami Islam itu sendiri. Fenomena 'Islamiphobia' yang sebenarnya wujud dalam umat Islam sendiri hari ini. Takut untuk menegakkan Islam dalam diri sendiri, mungkin? Tidakkah kita memerhati?

Ibadah solat, ibadah asas tidak terjaga.
Kes buang anak berleluasa.
Berzina, penceraian perkara biasa.
Hiburan melampau menjadi santapan rohani anak muda
Aurat, ikhtilat tidak terpelihara.

Akibatnya, terbinanya cinta dunia, terpisah cinta dengan Maha Pencipta.

Maka, benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w. mengenai keadaan umat Islam akhir zaman ini.

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya,

 "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"


Sabda Baginda SAW:

"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Umat akhir zaman, seperti buih di lautan

Sahabat bertanya lagi,

"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"


Jawab Rasulullah SAW,

"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."


Sahabat bertanya lagi,

"Apakah itu al-Wahn?"


Rasulullah SAW bersabda:

"Cintakan dunia dan takut akan kematian."


[H.R  Thauban r.a.]

Ideologi ini, mematikan hati. Mematikan hubungan kuat kita dengan Ilahi!

Penutup : Titik Pemula ; Usaha Perbaiki Diri, Berdoa     

     Sebagai kesimpulnya, anak kunci untuk 'titik mula' hakikatnya sudah lama ada yakni dalam diri kita. Mulakanlah dengan diri sendiri. Siapa lagi yang mampu mengubah diri kita kalau bukan diri kita sendiri?

Kunci titik perubahan, kini dalam genggaman

Maka, sempena tahun maal hijrah yang masih di awal bulan Muharram ini, berubahlah. Sama-sama kita berusaha mendalami ilmu, perbaiki amalan.Tidak mampu berubah seorang diri, lakukannya secara berjemaah.Pasti di situ ada barakah.

Banyakkan pembacaan buku agama, berdampinglah dengan orang yang soleh, hadirkan menghadiri majlis ilmu, gagahkan diri solat berjemaah dan bentukkan suasana biah solehah dalam diri.Jaga hubungan kita dengan Allah, juga sesama manusia.

Akhir kalam, sama-sama kita menyumbang apa yang perlu, dan dalam pada masa yang sama memperbaiki diri sendiri yang ternyata jahilnya ilmu. Bermujahadah membina Islam dalam diri kita, dalam masa yang sama tidak lupa mendoakan saudara tercinta kita di sana. 

Moga-moga usaha kita yang tidak seberapa ini, Allah terima, Allah redha.

Doa itu senjata mukmin

Doa ialah senjata ampuh orang mukmin. In syaa Allah, sama-sama kita doakan.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ



اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ



(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي


اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ


اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aamiin

  Lagu - Bebas Palestin 



1 ulasan:

Bukan Bidadari Dunia berkata...

jihad mereka dan jihad mereka..

Mujahadah mereka mengangkat senjata dan pertaruhkan nyawa,
mujahadah kita?
mujahadah kita menongkah arus, tinggalkan indahnya tipu daya dunia,

jihad siapa lebih besar?..Allahu.. (T_T)