Tempah buku 'favourite' anda di sini

Nama:
Umur:
Email:
No telefon
Alamat:
Tajuk buku/Penulis/Penerbit + Kuantiti:
Cadangan penambah baikan:

This contact form was created by Freedback.

Jumaat, Disember 10, 2010

…..aynnakukal adna hakupmaM

 
Bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum sumer..
MUHAMMAD-IMRAN-IS-DRINKING-MATE_thum

Srruuupppp..!!!

huh, kelegaan yang tak terhingga klu dopat arr pekena ayak nih.. taruk arr plak ice secukup rse,perghh..!!! menusuk sanubari.. ^_^

wlopon cm2,ayak yg sodap nih xde kaitan pon ngn post kali nih..sje nak tulis,x salah kn (”,)..sekarang cube korang bace tajuk post nih..ada paham kaa..??!! cube bace balek..

MUHAMMAD-IMRAN-HAS-A-HEADACHE_thumb1 

AYNNAKUKAL ADNA HAKUPMAM 3x..??!!! waduh2,pening bangat yaa maw paham pak,lorh bahase apa nih pak..??!! udah dibaca ber kali2, tapi enggak mengerti.. kalau anda dapat bace ‘detect’ pe maksud perkataan tuh ngn skali lalu, sememangnya anda mmg ptot dapat anugerah dekan =D..!!! cbe arr pakai google translater mne arr taw kot2, kuar jawapan dy lak kn,try arr ..so, dapt x nih??

jadi, usah wat pening kelape kepale, nah amik, trus kasi skema arr (cian lak x pasal2 kne pk menatang nih).. klu yg daa taw,wat2 arr x taw lgi  arr yep.. sebenarnye pekataan tuh sume bley phm ..sila bace dari kanan ke kiri arr,taw arr ape pekataan tuh..lepas bace mesti korang cakap dalam ati (ceh, mengarut jer dak nih tulis, x pasal2 aq kne bace bende pelik2..) =P

x kesah arr ape pon persepsi anda tentang intro saye, yg penting teruskan pembacaan anda tok pengisian sebenar..

MUHAMMAD IMRAN WAS RIGHT

bace yep, sesungguhnya anda x membazir satu saat pon dari idop anda klu anda teruskan pembacaan..ilmu @ pengetahuan tuh bukan datang be golek2 sendri.. cm kita men bola gak..kene usaha sendiri baru dapat hasilnya.. xde nyer bola tuh boleh bergerak kecuali ade sesuatu yg jd asbab bola tuh bergerak cm nih..

MUHAMMAD IMRAN IS PLAYING SOCCER

dusshh3x..!! rembatan kencang daa akhirnya..GOOOOAAALLL !!! Malaysia layak ke separuh akhir Suzuki Cup lepas tewaskan pasukan Laos 5-1.. tahniah diucapkan kpd pasukan Malaysia.. =D
dalam kitab peribahase ‘Pak Lebai’ pon ade mengatekan, “masakan pokok boley bergoyang kalau xde berok  begayut di atasnya”.. sesuatu perkara yg terjadi mesti ade sebab, dan xkn terjadi ngn sendirinya.. cm2 juga ilmu, xkn ilmu tuh datang be golek2 kt kita klu kita x berusaha untuk mendapatkannya..k?

MUHAMMAD IMRAN IS READING

membaca amalan mulia =D

dah2 arr tuh, penat anda bacew, isi tarak gak.. so nih ler pengisian yg se beno2 nyer..nih pon saya kutip n copy paste dari internet jer.. jadi ape yang ingin disampaikan ini amat bermakne wlopon x arr sberape sngt tpi kalau dihayati dengan sebaiknya insyaAllah dapat membantu dalam menempuh hari2 yg mendatang..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak…

mungkin anda pernah dan acapkali membaca  @ mendengar kisah ini dari rakan2 mahupun di papan2 kenyataan tetapi sejauh manakah kita menghayati apa yang ingin disampaikannya..??? sesungguhnya manusia ini selalu lupa dan alpa, tetapi sebagai satu tugas kepada kita, untuk mengingatkan antara satu sama lain agar kita ber sama2 dapat beramal dengan konsep amar makruf nahi munkar dalam kehidupan seharian kita..

jadi, x kisah ler siapapun anda, apa yang penting kita terus istiqamah dalam usaha kita membentuk dan menanam benih sifat2 mahmudah dalam diri dan orang di sekeliling kita.. dah bace tuh, pas 2 arr kat sesapa sahaja yang anda kenali..persoalannya,ayanakukal adna hakupmam ??..moga memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat..

daa abes pon berceloteh.. habis pon akhirnya =D yeeeaahhhh!!! jadi, lupakan apa yang telah berlaku pada perkara yang lepas, jadikan hari esok anda lebih baik dan bermakna dari hari ini dan bertambah baik di kemudian harinya..berterusan sehingga ke akhir hayat..!!!

last but not at least,senyum arr selalu setiap permulaan hari anda walaupun mood anda x berapa baik..kalau x bley gak,wat cm menatang nih.. =D

b222_monkey smile 

ada muke cam anda x..??? hhahahak3..!!
kalau x boley gak, mmg daa parah sangat tuh.. sedangkan beruk ‘makyeh’ nih pon bley wat,apatah lagi anda seorang manusia..!!!

akhir sekali,sekiranya ada apa2 cadangan pengisian, bolehlah letak kat ruangan comment @ chat2..sebab nak perah otak sorang2 memang payah sesangat..

MUHAMMAD IMRAN IS WRITING

ape nak tulis lagi yep..???

and kene amik masa nak cari inspirasi bagi nampak post tuh menarik.. saya bukan wat nih untuk saya syok sendiri sorang2, tetapi untuk kebaikan kita ber sama2.. k, segala cadangan baik buruk sume diterima.. akhir kata (berapa kali akhir daa..??) jangan malu jangan segan kasi cadangan dan jenguk2 ler bolg nih dari semasa ke semasa..ade free diupdate arr yer..ok, tuu jer takat nih.. ceria2 selalu..

wassalam.. =D

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tnkhs im..blog ni menggenbirakan ak di saat aku tgh sedih..stress..haha..beruk tu cun,haha